Wednesday, December 14, 2011

Idola Kecil 4 - Semakin sengit



RIUH seketika suasana di studio beberapa hari lalu apabila barisan peserta Idola Kecil 4 (IK4) berkunjung ke Balai Berita. Tampak saja kecil, namun apabila masing-masing mula beraksi dan membuka mulut, pelbagai gelagat dan suara dapat dilihat serta didengar. 

Rata-rata peserta kali ini cukup berbakat, mempunyai kekuatan vokal serta penampilan tersendiri, lantas membuatkan penyingkiran adalah perkara paling sukar untuk dilakukan.



Bahkan setakat artikel ini ditulis, sudah dua episod menyaksikan ketiadaan penyingkiran apabila semua peserta memperoleh markah memberangsangkan daripada juri.
Justeru, walaupun sudah empat minggu berlangsung, masih ramai peserta yang kekal dalam pertandingan yang dikatakan antara program realiti meraih rating yang tinggi, iaitu 1.3 juta penonton setakat ini. 

Pertandingan nyanyian bakat cilik ini menjadi ikutan ramai sejak musim per tama lagi, dan dengan kelainan serta penambahan elemen kejutan, ia terus mendapat p erhatian terutama buat adik-adik di rumah. 

Hip berkesempatan menemui sembilan peserta yang masih kekal iaitu Ahmad Marzuki Nordin (John), 10; Hairul Aris Alis Sjofjan (Hairul), 12; Irfan Haris (Haris), 10; Mohd Syafiqri (Syafiq), 10; Farisha Asmadi (Irish), 12; Nabihah Idrus (Abby), 12; Sarah Elyssa Khairul Fahmy (Shasha), 11; Sharifah Nurhafifa Wan Aziz (Fifa), 11; dan Sharifah Rusilmu Imani Syed Hussain (Rusil), 11. 

Seorang lagi peserta yang terus bersaing, Nurshazleen Natasha Jamaluddin (Leen), 11, tidak dapat hadir ke sesi penggambaran kerana tidak sihat. 


Menceritakan sedikit sebanyak mengenai barisan peserta, Penerbit, Shahrizan Razali yang dihubungi baru-baru ini mengaku, peserta musim ini memang hebat. Jika mahu dibandingkan, musim lalu mereka sudah boleh meneka siapa yang layak ke peringkat akhir sejak awal pertandingan, tetapi kali ini agak sukar untuk berbuat demikian. Final rancangan ini adalah pada 31 Disember ini. 

“Hanya yang membezakan mereka adalah dari segi nada suara. Selain itu, secara jujur memang agak susah untuk menjaga anak-anak kecil ini pada mulanya, terutama pada minggu pertama dan kedua, kerana masing-masing belum menyesuaikan diri berjauhan dari keluarga. 

“Seperti Trisya, peserta berusia 8 tahun, yang paling muda sepanjang pertandingan Idola Kecil ini, dia boleh dikatakan peserta paling kuat pada mulanya. 

Tapi disebabkan ‘homesick’, dia memaparkan prestasi kurang baik. Namun, selepas dua minggu, kesemua peserta lain mula membiasakan diri dan memahami rutin masing-masing tanpa perlu diberitahu. 

“Selain itu kami mempunyai Atilia, penasihat persembahan dan vokal yang ditugaskan memberi motivasi kepada mereka. 

Kami turut menjemput artis lain seperti Ana Raffali untuk memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada adik-adik ini,” katanya yang mengalu-alukan orang ramai untuk hadir ke konsert mingguan setiap Sabtu, jam 9 malam, dan konsert akhir nanti di Dewan Sri Putra Bukit Jalil. 

Di samping itu, menceritakan kelainan mengenai musim keempat, Penolong Penerbit, Nurul Hanani Omar berkata, IK4 menggunakan pelbagai tema setiap minggu untuk tampil berbeza. Antaranya tema ketuhanan, juara lagu, carta Hot FM, dan soundtrack. 

“Selain itu, peserta bukan saja dinilai berdasarkan vokal dan persembahan, malah melihat kepada kemahiran berkomunikasi, personaliti dan penampilan yang menarik, mereka sememangnya hebat-hebat belaka. 

“Melihat kepada prestasi yang ditunjukkan oleh adik-adik ini juga, mereka kini bertambah yakin dan memuaskan jika mahu dibandingkan dengan episod pertama. Mula-mula mereka agak kaku apabila membuat persembahan. 

Bagaimanapun sekarang masing-masing mula menyerlah dan ingin tampil memuaskan hati pihak juri,” katanya-BH






2 comments:

wakgelas said...

wak pon dah lama X nonton Tv jugakk... eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

Jendela Hati said...

wak gelas: eh wak suka tgk wayang ke