Wednesday, November 23, 2011
Telefilem Parit Jawa singkap sisi hidup masyarakat Jawa
Dalam usaha untuk menyokong pembangunan seni tanahair, Astro meneruskan inisiatif untuk menawan hati para pelanggan dengan menyediakan kepelbagaian kandungan tempatan dan antarabangsa bagi memenuhi citarasa penonton yang pelbagai.
Menurut Pengurus Saluran Premium Filem Astro, Puan Shoba Devi, “Selama hampir sedekad sejak dilancarkan pada tahun 2001 yang ketika itu dikenali sebagai Astro Showcase telah melalui pelbagai trasformasi ini masih menjadi pilihan dan mendapat permintaan yang tinggi daripada para pelanggan.
“Diperkukuhkan lagi dengan dua buah saluran premium, Astro Box Office Tayangan Hebat memberikan pengalaman menonton yang menarik dengan sekurang-kurangnya lapan buah filem sebulan tanpa sebarang gangguan iklan sewaktu bersiaran.
“Pada setiap bulan, pelbagai karya tempatan, Asia mahupun antarabangsa daripada pelbagai genre seperti seram, drama, aksi, komedi dan romantik telah ditayangkan di saluran ini.
“Sejak bulan April lalu, Astro telah memperkenalkan supertelemovie yang mengetengahkan karya tempatan dengan kualiti sebuah filem dari sudut jalan cerita, sinematografi dan pengarahan untuk ditayangkan di televisyen. Untuk bulan Disember ini, giliran Parit Jawa akan dipilih menjadi supertelemovie yang akan ditayangkan di saluran ini ,” ujar Shoba lagi.
Supertelemovie Parit Jawa arahan Tunku Mona Riza ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Jalil Hamid dan Eman Manan, Ruminah Sidek dan Ghazali Abu Noh.
Sinopsis: Parit Jawa menyingkap kisah hidup satu keluarga yang berketurunan Jawa dan telah duduk di Parit Jawa, Muar berkurun lamanya, disampaikan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa, dan ia menyingkap tentang Tuminah dan Sapian yang telah berumur dan mahukan anak-anaknya bersama seperti keluarga lain.
Setelah Sapian (Ghazali Abu Noh) meninggal dunia, Tuminah (Ruminah Sidek) menjadi semakin risau akan keluarganya yang semakin kucar kacir. Anaknya hanya ingin merebutkan tanah pusaka keluarga mereka yang masing-masing mempunyai agenda mereka sendiri tanpa mempedulikan ibunya yang masih hidup.
Tuminah sedih kerana anak-anaknya tidak mempedulikan kehendaknya dan kehendak arwah Sapian. Manakala Arman (Eman Manan) dan Jalal (Zahiril Adzim) masing-masing inginkan tanah pusaka itu menjadi milik keluarga dan tidak mahu memecah belahkan tanah itu.
Keadaan menjadi lebih rumit apabila Arman meninggal dunia, dan anak-anak Tuminah menjadi lebih tamak dan lebih ingin menjual tanah itu. Dan hanya tinggal Tuminah dan Jalal untuk mempertahankan tanah pusaka keluarganya itu.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton supertelemovie terhebat Parit Jawa sepanjang bulan Disember ini dengan melanggan pakej Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 952) berharga RM9.95-Mangga.
Labels:
Fantasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kak aya ada sedara belah suami ka parit jawa.
kakaya: ye kakaya? paham x apa dorang borak?
teringin gak nak tgk,tapi tak langgan la...mesti ayah suka tgk sbb ct ni klu diikutkan anak jawa tapi jawa yg tak pandai cakap jawa.he.he.he
Post a Comment