Friday, November 11, 2011

Daging goreng


Sekarang musim masak daging.
Daging dalam peti ais tu selain buat gulai, sedap jugak buat goreng aje.
Letak lah bawang merah banyak-banyak.
Halia sikit dan cili padi sebatang dua dititik je.
Tak moh pedas kalau budak-budak nak makan.
Daging tu rebus dulu biar lembut.
Orang takde gigi pun bole kunyah pelan-pelan.
Dah tu bila bahan-bahan tadi di mayang dan ditumis,
masukkan daging yang dah di rebus dan di hiris halus tadi,
terus je masuk daging dalam kuali,
letak air sedikit,
kacau sehingga kering.
Dah tu hidang.
Sebelum tu masak nasi siap-siap.
OK dah apa lagi... ajak famili dan adik beradik, makan ramai-ramai, berkat daging korban....

Puan Zai...

2 comments:

Kak Aya said...

Kak Aya suka makan daging goreng dan nasi panas, tak payah lauk lain pun tak apa...makan siap bertambah-tambah lagi...

Jendela Hati said...

kakaya: betul tu mmg membuka selera betullah