Thursday, November 3, 2011

Bob (Kuman) Masuk Wad Selepas Maharaja Lawak Mega

Bob (Kuman) ketika beraksi dengan Sobri pada minggu pertama Maharaja Lawak Mega di Royal Theater Selangor, Shah Alam, Jumaat lalu.


PETALING JAYA: Pelakon Husni Rawi, 39, atau lebih popular dengan nama Bob (Kuman) dirawat di Pusat Perubatan Tropicana sejak Jumaat lalu akibat kepenatan.
Menurut Bob, kesihatannya terjejas akibat terlalu penat sejak minggu lalu semasa membuat persiapan untuk menyertai program Maharaja Lawak Mega (MLM) terbitan Astro.
Bagaimanapun, dia tetap menggagahkan diri untuk menyertai program tersebut pada Jumaat malam dan hanya membuat pemeriksaan doktor selepas program itu berakhir.
“Doktor menyarankan saya supaya berehat di hospital kerana terlalu penat dengan kerja seni serta perniagaan yang dilakukan.
“Pada mulanya saya ingat penat biasa dan tidak sangka sehingga perlu ditahan di hospital sehingga ke hari ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
Disebabkan itu, Bob dan pasangannya dalam MLM, Sobri yang menubuhkan kumpulan BP- Bawal Power terpaksa menjalani latihan untuk persembahan MLM minggu kedua di hospital.
“Saya kasihan dengan Sobri kerana terpaksa berulang-alik ke hospital setiap hari dan kadangkala perlu bermalam di sini untuk menghasilkan persembahan terbaik pada minggu ini.
“Kami agak tertekan sedikit untuk melakukan persembahan yang lebih bagus pada minggu ini kerana persembahan kami mendapat pujian daripada ramai penonton pada minggu lalu,” ujar Bob yang mengakui menghadapi masalah untuk tidur.
Walaupun masih berada di bawah rawatan dan pemerhatian pihak hospital, Bob dibenarkan membuat persembahan MLM di Royal Theater Selangor, Shah Alam pada Jumaat ini, pukul 10 malam, yang disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).
“Nasib baik doktor benarkan saya membuat persembahan pada Jumaat ini tetapi saya perlu membawa jururawat yang bertugas bersama-sama,” ujarnya.
Sebelum ini, Bob mempunyai masalah berat badan yang berlebihan iaitu 219 kilogram sehingga menyukarkan pernafasan selain mengakibatkan komplikasi buah pinggang.
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ - Mstar


2 comments:

Nur said...

Baru tahu tentang Bob Kuman. Tak tengok Maharaja Lawak Mega ni. Cuma tengok melalui video youtube yang orang share.

Jendela Hati said...

Yati: suka tgk lawak bob dan sobri tu, bole la walau dok kutuk org. ok utk kali ini, hrp lawak akan dtg tak de kutuk2 org dh...