NKB: Novel Ku Baca…
Masih Setia...
Miera – Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!
Rudi – Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.
Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang memandang.
Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasan itu hadir tanpa di undang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?
Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya.
Komen JH:
Permulaan penceritaan yang perlahan. Sedikit demi sedikit penceritaan dibawa perlahan-lahan dengan tragedi gempa bumi di bumi Padang. Pembaca amat berdebar-debar menanti detik cemas ketika kejadian yang tak di sangka berlaku di sana. Watak-watak kekeluargaan amat teguh dalam novel ini. Sedkit sebanyak dapat mengetahui cara dan adat resam keturunan Minang di sana.
Rasa kasihan dan perit je bila melalui detik-detik cemas dan trauma semua watak-watak dalam novel ini seperti kita sendiri mengalami serangan tsunami atau gempa bumi.
Cuma, semasa di pertengah cerita pembaca sedikit terkilan mulanya dengan watak kak bib yang seakan menjadi batu api dalam hal ‘rampasan hak orang’ bila ada ayat seperti:
“Nama je hak orang, tapi belum ada lesen sah pun. Selagi belum ada lesen, selagi belum sah jadi suami isteri, apa-apa pun bole berlaku Miera. Dia tetap boleh pilih siapa yang dia nak”.
Apa-apa kisah ini banyak diterjemah dalam bahasa masyarakat seperti keakraban, kekeluargaan, cinta, harapan dan setia.
Next Novel: Jendela Hati... karya Aisya Sofea...
3 comments:
dah lama tak baca novel. dulu masa belajar mmg kerap pergi Alaf 21 sbb ada assignment. seronok dpt tgk manuskrip yg fresh sbb ada edit mengedit. smp satu tahap kami yg edit pulak. hahaha...
anisalya: wah mesti seronok kan dpt gi buat assignment kat sana
Post a Comment