Novel Ku Baca:
Jendela Hati
Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafiza ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.
Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilemma perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.
Benarkah ‘ganti tikar’ yang berlandaskan ‘keterpaksaan’ bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.
Komen JH:
Komen? Tersentuh hati dan menangis! Ini lah antara penangan semasa dan selepas habis membaca novel ini. Sampai teresak-esak menangis, dasat-dasat. Walaupun novel ini keluaran tahun 2000 iaitu dah hampir 11 tahun ia di pasaran nampaknya novel hangat di pasaran bila ianya di cetak berulang kali.
Penceritaan yang sungguh baik dan mudah di ikuti. Tidak terlampau berat dan pembaca boleh menghayati watak-watak penting dalam novel ini.
Ye, pengorbanan itu amat besar nilainya jika orang yang sedia berkorban itu tidak hirau tentang diri sendiri sehingga sebenarnya menyeksa diri dan masa depannya. Tapi jika hati juga turut memainkan peranan kerana orang yang kita sayang akan bersama kita akhirnya.
Pembaca kali ini cuma mengunakan dua hari sahaja untuk menghabiskan pembacaan berbanding dengan novel-novel sebelumnya. Dengan cuma halaman 334 muka surat, ianya member impak yang besar seumpama pembaca juga turut berada di sisi penulis…
Terima kasih Aisya Sofea atau nama sebenarnya Hanizura Jamaluddin di atas penulisan novel yang baik ini.
Next Novel: Takdir Fitrah Terindah… Karya Hanis Azla…
2 comments:
dah lama baca novel ni, masih ingat lagi kak aya pun menangis meleleh leleh..
kakaya: best kan, tersentuh betul ati sy nie sampai teresak2, over tauuu..
Post a Comment