Wednesday, October 5, 2011

Novel: 566 Mencari Cinta ~ Ilya Abdullah



NKB: Novel Ku Baca...

566 Mencari Cinta...
[Karya: Ilya Abdullah]

Kali ini puan zai baru sahaja selesai membaca novel ini.



Sinopsis:
"Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya.

Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek.


Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya.




Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?

Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta?

566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.

Komen JH:
Dapat peluang membaca novel ini membuatkan puan zai teruja nak menghabiskannya walaupun mengambil masa lama untuk mengetahui akhir cerita almaklumlah kesuntukan masa dan 'kejelesan' anak-anak untuk si ibu membaca novel.

Memulakan pembacaan terasa panas sentiasa apabila mengikuti jalan cerita dan terus mengikuti cara dan sikap si watak utama iaitu Firdayu. Serius puan zai cakap, setiap patah dan baris perkataan semua membuatkan pembaca tak sabar untuk terus baca dan terus baca apa yang akan dan terjadi pada Firdayu.

Wataknya sungguh kemas walaupun ada sikap penting diri dan kejam. Dia terlampau mengejar cinta palsu dan mendambakan harta benda semua lelaki yang dia kenal.

Dalam pada itu setelah dia sedar bahawa harta itu tidak penting dan hanya hati dan perasaan itu lebih penting dari segala-galanya. Antara yang buatkan Firdayu tersedar ialah dengan ada watak Kid dan panjang akal nenek dan abah Firdayu.

Ok lah ini sahaja komen dari JH sebagai pembaca.

Terima kasih buat penulis kerana memberikan karya terbaik, jalan dan susunan cerita yang baik.

Next Novel: Serasi Di Hati... karya Nora Ismail...


2 comments:

zul permatang badak said...

masak,makan,layan anak2,baca novel..kerja....blogger...rajin pula wat entri baru.....
masa....
itula.. masa.....tahu membahagikan masa...

Jendela Hati said...

Zul PB: itu le rutin harian... tgh mood post entry nie..huhu