Thursday, October 20, 2011

Nazirah wanita impian Nabil


Suatu masa dahulu Ahmad Nabil Ahmad, 28 pernah melalui pelbagai kontroversi termasuklah kisah putus cintanya dengan Irma Hasmie. Namun, setelah mendirikan rumahtangga bersama Nazirah Ayub, 23 pada 30 September 2011 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, pelakon, pelawak dan pengacara terkenal ini dilihat sangat bersedia menggalas tanggung jawap sebagai suami. Dia benar-benar mahu untuk menutup buku lama dan membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Dengan dua kali lafaz sahaja, Nazirah yang dikenali selama enam tahun itu akhirnya san menjadi permaisuri hidup Nabil berwalikan bapa pengantin perempuan, Ayub Hassan. Dalam majlis pernikahan itu juga pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin berharga RM5,000, wang hantaran berjumpah RM15,000, sirih junjung, sepasang kasut, playbook, alat solek dan set wangian. Sementara pihak lelaki pula menerima coklat, sepasang kasut, Playstation 3, iPad, sejadah, cincin dan sirih junjung.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan seperti yang diharapkan. Walaupun jadual seni cukup sibuk tetapi dengan bantuan dari jururunding perkahwinan kami iaitu Dirich Vision Sdn Bhd, persiapan yang dilakukan selama dua bulan dapat disempurnakan sepertimana yang dilihat hari ini.”

“Saya rasa cukup gembira dan berterima kasih kepada semua yang terlibat termasuklah para penaja seperti Wazira Zainal, Den Wahab, Kamarimi Bridal Sense, Persada Embun, Mutiara Catering, Anjung Eksklusif, Khemah Syakilla, Family Bakery, Imej Kad Lestari, LH Media, Callas Callas serta Spyle Wedding. Rasanya, tanpa bantuan mereka tak mungkin majlis kami semeriah ini,” ujarnya yang kelihatan segak dengan persalin putih gading sentuhan Wazira Zainal.

Sepi tanpa cinta~~~
Melihatkan rakaman video pra-perkahwinan yang dihasilkan menyaksikan Nabil begitu payah melafazkan keinginan untuk mengahwini Nazirah. Setelah di tanya kepada tuan empunya diri rupa-rupanya apa yang disaksikan bukanlah rekaan sebaliknya kenyataan.

“Apa yang berlaku dalam klip video itu tidak banyak beza dengan keadaan sebenar. Memang susah nak ajak dia kahwin. Macam-macam ayat keluar dari mulut ini tetapi akhirnya dapat juga. Syukur Alhamdullilah.

“Sebenarnya, kami memang sudah lama kenal sebab Nazirah adalah adik ipar sahabat karib saya. Tetapi hubungan makin rapat sejak enam bulan lalu. Itu pun selepas saya menghubunginya. Waktu itu masing-masing sepi tanpa cinta dan dia banyak memberi kata nasihat dan menyuruh saya bersabar.

Sejak itu saya rasakan Nazirah adalah calon yang paling sesuai. Tambahan pula dia menepati kriteriawanita impian saya iaitu pandai bergurau, bijak mengambil hati orang tua, berkulit putih, cantik dan baik budi bahasa.

“Kesederhanaan serta sikapnya yang menerima diri saya seadanya membuatkan hati saya betul-betul ‘keras’ untuk menjadikan dia teman hidup saya hingga ke akhir hayat.” Jelas Nabil ketika majlis resepsi yang berlangsung di I-City Shah Alam dengan konsep Wonderland.

Tema Wonderland
Sewaktu diajukan soalan mengapa tema tersebut jadi pilihan, mempelai yang sentiasa mesra melayan wartawan menjelaskan di peringkat awal konsep perkahwinan dalam taman jadi pilihan. Tetapi apabila juru runding perkahwinan mengatakan konsep Wonderland lebih sesuai di I-City, mereka akur dengan cadangan yang diberi.

“Tak terfikir pun majlis malam ini akan berlangsung semeriah ini. Asalnya kami nak buat sederhana sahaja, lebih kurang 500 jemputan tetapi di sebabkan kawasannya yang terbuka maka kami bersetuju untuk tambah bilangan tetamu seramai 1,500.”

”Dapatlah sahabat handai serta saudara mara kedua belah pihak datang. Tak sangka, tema yang dipilih amat sesuai dengan lokasi sebab saya inginkan suatu majlis yang santai dan dapat dikenang selama-lamanya,” ulas Nabil yang mengikut nasihat orang tuanya untuk berkahwin cepat setelah memenangi wang tunai RM150,000 dalan program Maharaja Lawak.

Sumber: MW


2 comments:

Kak Aya said...

Nabil lelaki impian ku..oppsss gurau ...tak adalah lelaki impian cuma takat minat lawak dia je..

Jendela Hati said...

kakaya: wahhh ok jugak tu tapi takat jd impian jugak la... sampai skrg pun kitaorg masih suka...huhu