Wednesday, October 12, 2011

Kerabu Udang...

Kerabu udang?


Asalnya untuk lauk tengahari nak buat kerabu sotong. Dah terliuq la tengok kat blog-blog orang kerabu sotong nie. 


Dek kerana masa gi kedai tak jumpa lak sotong terus je la terkam udang dan bahan-bahan lain.






Ini ialah dua bahan utamanya. Kedua-duanye kesukaan kakak. Dan adik pula suka udang. Jadi lauk hari ini puan zai satukan menjadi kerabu udang.


Boleh lah. Dapat juga makan kerabu. Mak tukang komen kata sedap hehe.
Nak buatnya simple. Puan zai nie pun suka masak simple-simple. Mudah siap dan mudah makan.

Bahan-bahan untuk buat kerabu udang nie ialah:
1/2 kilo udang yang dibuang kulit dan di rebus.
Setengah biji kelapa parut yang di goreng tanpa minyak.
RM1 taugeh-lagi banyak lagi best.
Kacang panjang ikut suka berapa banyak nak.
Sebiji cili merah yang dihiris (puan zai tak guna cili padi sebab anak-anak).
Satu labu bawang merah.
2 ulas bawang puteh.
Satu batang serai dihiris.
10 biji limau kasturi.
1 sudu gula.
1/2 sudu garam.
Cara buat kerabu udang:
Kisar bawang dan serai hingga halus.
Masukkan kelapa yang telah di goreng kisar sekejap jangan bagi hancur.
Campur semua di atas dalam satu mangkuk.
Pecah limau kasturi, gula dan garam.
Gaul rata dan hidang.


Untuk hidangan hari ini, selain kerabu udang ada juga tongkol sumbat cili dan air fresh orange.


Pinggan kecil macam nie mana cukup nak makan kerabu...


Kena guna mangkuk besar baru muat. Nak la simpan kerabu udang untuk makan malam. Hmmm tak sempat dah, semua dah selamat masuk mulut.
Next time kakak dah pesan buat lagi tapi dengan kuantiti taugeh yang banyak.. huhu...

OK lah... untuk tajuk kerabu udang versi JH nie. Resepi campak-campak buat anak-anak gempak...
hehehehe...

Tata...

Puan Zai...

4 comments:

lady lavender said...

nak try la p.zai..mcm best aje..:-))

Jendela Hati said...

LL: try la tp LL masak mesti lagi sedapp..

Kak Aya said...

mesti cuba sabtu ni..t.kasih bagi resipi sekali!

Jendela Hati said...

kakaya: sama2 kak