Friday, October 7, 2011

Jamuan meraikan boss baru kepada boss...

Salam buat semua kawan-kawan...

Hari ini kami ada mengadakan jamuan kecil untuk boss baru yang datang dari Hong Kong.

Selepas ada taklimat di bilik training, pada tengahari tadi menjamu selera lah kami dengan boss baru ini. Kira boss ini adalah boss kepada bigboss puan zai.

Dengarnya dia hanya sementara di sini sementara sebelum dia pulang semula ke HK. Setahu puan zai, boss nie lahir di Kota Bharu dan terus menetap di HK. Uishhh kalau nak tahu seleranya lebih kepada indian food atau pun lebih tepat masakan kari.

Sebenarnya last minute arrangement jamuan ini cuma di beritahu bigboss pada isnin lepas. Jadi, kami sempat juga lah order kat caterer di Batu Caves. Rekemen baek dari seorang kawan opis yang berlainan tingkat. Department dia sebelum ini dah penah order untuk jamuan hari raya. Lagipun kan harga pun berpatutan dan memang betul kari ikan bawal memang best lah. Ye lah saja nak tukar selera yang sebelum ini kami selalu order kat foodcourt dalam bangunan opis kami.




"Hey, you look blue..." hehe macam iklan. Untuk hari ini sengaja pakai baju biru. Kalau dulu kan corporate colour tempat puan zai berkerja ini kaler kuning di raja. Sekarang ini tukar dah kaler biru.


Tengah beratur nak ambil juadah tapi nak snap pic boss baru tapi ala-ala segan pula masa nie.


Dapat juga ambil sekeping.


Menu hari ini ialah nasi puteh, kari ikan bawal+bendi, ayam stew (kicap dan lada hitam), sayur campur, pucuk paku goreng bercili, ulam-ulaman dan sambal belacan. Bigboss suka gulai nangka campur rebung katanya tapi menu itu tiada... sori boss...


Ini kira special satay daging dan ayam serta nasi impit/bawang/timun.


Cendol pun ada tau. Best. Ada buah tembikai dan oren.


Ini isi pinggan masing-masing. Sama je lauk yang di ambil. Ada air teh tarik dan ice lemon tea kurang manis, masam habis....heheh..


Beratur jangan tak beratur. Hidangan di luar tapi makan dalam aircorn dalam opis ler. Kat luar panas la walau letak kipas. Bigboss sedang layan jemputan. Sebab ramai nie masa taklimat tadi ada satu lagi division sertai division kami, jadi makan tengahari pun di jemput sekali.


Tuuu diaaa... mulut penuh uolss....


Puan atun nie pun memang minat kari. Tu dia amek kepala ikan bawal selera kawan nie meratah ikan sampai tunduk tak tengok orang dahhh.


Rata-rata semua puji teh tarik caterer ini. Sedappp... bergelas-gelas orang minum. Asalkan puan zai pun minum sampai 3 gelas. Percaya atau tidak tengahari puan zai minum air panas. Heheh macam tidak percaya jerrrrr....

Hmmm... sekali-sekala makan-makan camnie best jugak. Yelah bigboss belanja. Jika jamuan raya yang lalu tiada tapi kira ok lah ada juga makan-makan kat division kami nie.

OK lah berhenti sampai di sini. Bersambung kendian. Tata...

Puan Zai...

2 comments:

Kak Aya said...

hmm dapat bos baru nampaknya..jauh tu dr HK...mesti kena rajin kerja la mcm ni sb ada inspirasi baru.

Jendela Hati said...

Kakaya: huhu kerja oh kerja...