"Ibu, kita nak makan kat kedai nak nasi goreng pattaya.." Ajak si kakak.
"Tapau je lah" Jawap ibu.
"Alah nak makan kat kedai... kita teringin" Minta kakak.
Bila dah sampai kedai makan, terus order. Tengah tunggu order sampai, kakak berkata
"Aduh lemas lah..."
"Lah, apa yang lemasnya?" Soal ibu.
"Ramai sangat orang merokok, kita lemas lah" Komen kakak pula...
"Haaa tu la ibu tak nak makan kat kedai nie, asap rokok tak boleh nafas..." Bebel ibu pula...
Kakak tersengih bila tau silap dia. Dia juga yang tak suka bau rokok. Dia juga yang kata kedai nie ramai orang merokok dan dah emang di cop banyak asap rokok kalau nak di bandingkan dengan restoran atau kedai lain...
"Macam mana lah paru-paru orang tu? Macam atuk ker?" Aisshhhh... kakak kakak...
Nak tau, hah camnie ler...
[Pic dari fb kawan]
2 comments:
tunjuklah gambar mcm mana pun, bagi perokok semua tak memberi sebarang rasa pun!
kakaya: betul tu... bdk2 tgk pun geleng kepala
Post a Comment