Tuesday, October 11, 2011

Anak dan sekolah..

Salam buat semua... Kalau kat opis dah biasa dengan rutin buka pintu bilik bos, buat air panas untuk boss, ambil surat khabar untuk boss dan ambil document untuk boss.


Bukan itu sahaja, jari jemari nie dah biasa dengan keyboard kat opis. Ketap ketup dok menaip. Mata nie dah lali dengan system kat opis mahupun microsoft excel yang kadang kala memual bila tang sort figure dan lain-lain. Masa tu juga sibuk seharian di opis dengan report-report untuk top management.


Kat umah lain pula.

Cuti-cuti gini sibuk pula dengan anak-anak. Sibuk dengan my bushuk masham... Sibuk dengan anak ke sekolah dan sibuk tunggu anak balik sekolah.


Jam 6.35 pagi hantar si kakak ke jalan besar untuk naik bas sekolah. Adik pula keluar rumah dalam jam 7.30 pagi untuk ke sekolah tadika yang berdekatan dengan rumah. Tak jauh jalan kaki sahaja.


Sambil nak tunggu tamat waktu sekolah adik gi kedai cari bahan basah untuk masak tengahari.


 Tadi dapat dengar suara anak murid nyanyi lagu 'no body no body but you..' untuk acara sukan dan penyampaian hadiah bulan depan.

 Adik manja... dengan nenek...

 Adik kata boring tunggu lama-lama...

 Mana bas kakak nie ibu?

 Tuu dia dah sampai. Kalau nak naik bas kena gi tunggu bas kat jalan besar. Tapi kalau balik dari sekolah tunggu kat kawasan rumah puan zai dekat sikit...




 

2 comments:

Kak Aya said...

rutin seorang ibu dan pekerja yang tiada garis penamat.

Jendela Hati said...

kakaya: betul tu kakaya