Friday, October 21, 2011

10 Cara bebaskan diri dari tekanan



Sama ada gembira atau bersedih, anda memilih untuk gembira, lalui hari dengan ceria. Bukan sahaja riak wajah anda lebih tenang tetapi juga memudahkan anda melalui hari tersebut tanpa sebarang tekanan.

Ramai menyelidik berpendapat bahawa perasaan positif terutamanya gembira, boleh dipupuk dan di ransang dengan mengawal perasaan negatif seperti geram dan marah. Apabila Berjaya menghindarkan perasaan negatif, perasaan positif boleh dipupuk dan di rangsang.

Untuk mendapat kegembiraan, anda perlu selesa dengan diri sendiri dan menerima kelebihan serta kelemahan diri dengan hati terbuka. Tidak perlu berasa rendah diri terhadap kekurangan yang dimiliki dan yakinlah bahawa setiap anugerah Allah S.W.T adalah sempurna.

Tanamkan juga perasaan selesa pada diri sendiri. Keselesaan akan membuatkan diri menjadi lebih yakin dan tenang seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan fikiran. Bukan sukar untuk mendapat hidup yang Bahagia dan gembira tetapi anda perlu berusaha untuk memperoleh kegembiraan tersebut.

1)   Pilih untuk gembira
Anda berupaya untuk menjadi hari-hari anda gembira. Mulakan dengan belajar kemahiran mengurus diri, berinteraksi dengan baik dan pilih persekitaran yang menyumbang ke arah lebih positif.

2)   Sentiasa bersyukur
Tidak ada kesudahannya jika anda asyik membandingkan diri dengan kelebihan orang lain. Namun ada baiknya pula jika anda menjadikannya sebagai penguat semangat untuk berusaha lebih gigih.

3)   Menjadi pemaaf
Berfilkiran negatif, memendam perasaan dan sering kali melepaskan kemarahan akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental. Satu-satunya cara untuk mengikis kesan buruk ini dengan memaafkan kesilapan orang lain. Ini mengurangkan ingatan terhadap perkara buruk yang mengundang kepada perasaan marah. Berusaha untuk lupakan peristiwa buruk tersebut dan elak mengungkitnya semula.

4)   Lawan pemikiran negatif
Anda perlu mengenal pasti pemikiran negatif supaya ia boleh di kawal. Tepis pemikiran negatif dan cara sifat positif di sebaliknya.

5)   Tambah sahabat
Bahagianya jika mempunyai sahabat baik yang sentiasa mengambil berat mengenai anda. Walaupun anda lelaki tidak salah jika mempunyai sahabat baik untuk berkongsi cerita. Ada pakar berpendapat, bersikap individualistik antara punca peningkatan kes kemurungan dan tekanan.

6)   Lemparkan senyuman
Mulakan dengan menghadiahkan senyuman kepada orang lain walaupun tidak dikenali. Bukan sahaja anda senang hati tetapi meraka juga berpendapat anda seorang yang positif.

7)   Berbuat baik
Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang dihulur, ia akan membuatkan si penerima akan gembira.

8)   Gembira jauhi penyakit
Percaya atau tidak, tekanan yang boleh merangsang kepada penyakit mampu diubati dengan kegembiraan. Individu yang gembira lebih yakin dengan keupayaan diri dan mempercepatkan kadar penyembuhan. Maka tidak hairanlah apabila kumpulan sokongan yang membabitkan pesakit, bekas pesakit, keluarga, rakan dan kakitangan perubatan berfungsi memberi semangat kepada pesakit melawan penyakit.

9)  Sertai aktiviti
Pilih aktiviti yang menarik minat anda dan lebih baik lagi jika ia memberi manfaat kepada pihak lain. Misalnya menyertai badan kebajikan dan menjadi sukarelawan. Melalui cara ini, anda dapat menambah kenalan dan belajar banyak perkata baru,

10)Bukan mengenai wang
Walaupun boleh merangsang kegembiraan, hakikatnya bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang.

Sumber: MW


 Asyik meeting pun tekanan, kalu boss meeting selalu baru bebas tekanan kot hehe...

2 comments:

Kak Aya said...

penting untuk kita mengetahui cara menghadapi tekanan...kalau tidak,boleh jadi mereng jadinya.

Jendela Hati said...

kakaya: ye btul tu kakaya, zaman skrg byk cabaran dan dugaan, jd kena tangani tekanan dgn sebaeknye...