Wednesday, January 18, 2012

Old Town lagi

Hari ini makan luar. Luar dari opis. Lagipun hari ini ialah birthday kawan satu divison. Tak gi jauh-jauh. Gi Times Square aje. Awal-awal dah call taxi sebab bigboss pun dah start cuti CNY. Boss kecik lak dah keluar lunch dengan marketing staff. Jadi apa lagi cabut lah. Tapi tak de lah awal bebebor, ngam-ngam waktu lunch.

Perasaan aje seronok nak keluar sebab boss-boss masing-masing tak ade. Si birthday girl nie emang suka makan kat Old Town, jadi puan zai dan puan atun dah sepakat nak belanja birthday girl di Old Town tengahari tadi.

 Birthday girl yang dok tengah-tengah.
Tidak dan sangat tidak suka bergambar.
Amek gambar curik tapi dengan statement gambar nak masuk dalam blog JH tau hehe.

 Pembasah tekak.

 Birthday girl makan satu set nasi lemak.

 Yang ini puan zai punya.
Nasi ayam.

 Ini pulak mee kari.

 Menu yang keempat nie makan share-share tiga orang.
Order Roti prata dan kari ayam serta kentang.
Order lagi satu set roti bakar kaya & butter.
Roti bakar nie mesti akan ada atas meja kalau ke sini.

 Selepas sendawa beberapa kali, terus bergerak nak balik opis.
Ramai juga orang yang dok nak beli dan belah.
Maklum lah nak CNY dah nie.
Sebelum amek taxi, singgah kedai kek dan soh birthday girl pilih nak kek yang mana satu.

Dah beli kek, menyinggah lagi tu.
Gi beli pulak air honeydew buble untuk tiga orang.
Hmmm, tak sudah-sudah dengan makan je ek...

OK lah... sambung lagi... Nak off dah lepas nie selepas singgah kejap kat rumah kawan-kawan di alam maya ni. Cadangnya esok tengahari nak gi Pusrawai nak melawat kawan opis satu floor yang masuk hospital. Semoga kawan ini akan sihat dan cepat keluar hospital hendaknya.

Tata..wassalam...

Puan Zai @ JH...

4 comments:

sudipVSsenduk said...

mi kari!!! bestnyeee!

Jendela Hati said...

sudipvssenduk: mmg best tp tak leh mkn minyak sy batok pulak hehe

Totie@Tomy said...

menariknya nasi ayam ni..tp sayang masih dalam pantang tak dapat nak merasa..hehe

Jendela Hati said...

totie@tomy: sedap jugak cuma tak de sup, mkn mcm nak tercekik hehe