NKB: Novel Ku Baca...
Penjara Rindu...
[Karya: Nia Arissa]
Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu.
Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.
Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan.
Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.
Masih adakah peluang kedua untuk mereka?
Atau... adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?
Komen JH:
OK begitulah ringkasan cerita novel Penjara Rindu ini di cover belakang novel ini. Berat juga apa yang di tanggung oleh watak yang bernama Farisya ini.
Walaupun segala dugaan berat yang tanggung sudahnya kebahagiaan yang di cari menjelma jua.
Antara yang terpaksa di tanggung oleh sekeping hati ini ialah relakan perkahwinan yang di aturkan oleh ibu dan bapa tiri di mana suaminya telah di tinggalkan kekasih, terpaksa melepas kekasih hati si gadis bernama Farisya ini iaitu Aswad, dituduh curang, melihat suami berasmara bersama wanita lain di bilik tidur sendiri (aduhh), di ceraikan talak tiga, keguguran, menjadi mental, di hantar ke pusat pakar jiwa dannnn dah tentunya sentiasa di penjara kerinduan di hati...
Inilah yang di maksudkan dugaan berat watak utama oleh pembaca.
Novel yang pembaca baca ini adalah cetakan kedua pada tahun 2010 dan merupakan novel pertama sentuhan Nia Arissa atau nama sebenarnya Umi Sara...
Semoga Nia Arissa akan terus maju jaya dalam setiap penulisannya akan datang... sekian komen dari pembaca... terima kasih...
Next Novel: Setelah Kau Pergi... karya Rozita Abd Wahab
Puan Zai @ JH
2 comments:
dah lama baca novel ni, dah lupa apa kisahnya kat dalam tu.
kakaya: kakaya dalam novel ada bab pasal kena buatan orang juga..ini antara penderitaan watak2 dlm nie
Post a Comment