Sunday, January 22, 2012

Johnny's Restaurant...

Alhamdulillah subuh tadi hujan lebat sehingga awal pagi tadi. Sejak minggu lepas rasa berbahang siang dan malam.

Terasa sangat bahangnya. Lagi berbahang bila kat rumah elektrik pulak terputus selama 4 jam lebih tu... sungguh menyakitkan jiwa.

Tiba musim berbahang nie orang kata tiba musim limau. Ye ke? Dengan turunnya hujan pagi tadi sejuk lah sikit rasa.

Hujan yang lebat bermula turun sejak jumaat lalu. Sampai stuck kat opis sebab hujan dan kesesakan yang teruk.

Maklumlah orang nak balik kampung sempena CNY pun iye jugak.

Jumaat lalu bila hujan lebat dan kesesakan di Kuala Lumpur, puan zai dan kawan dok terpiker jam berapa pula nak balik ke rumah. Dalam hujan-hujan lebat nie dah tentu-tentu lah jam teruk seperti kebiasaannya lah. Jadi, dok piker-piker akhirnya puan zai dan kawan Sg Wang kononnya nak gi makan dahulu sebelum pulang ke rumah dalam erti kata untuk mengelakkan kesesakan.

Sempat jugak singgah makan di Johnny BP Plaza, sambil tunggu jam sambil makan-makan...

 Ini time nak balik.
Rupanya jam lagi walau jam di tangan dah menunjukkan ke angka 9.30pm.

 Kali ini ke Johnny kami tak makan steambot.
Amek set yang ada mee, ice cream, tomyam dan tea thai ice.

 Haaa yang ini puan zai order... Thai BBQ chicken noodle.

 Tom yam soup.

 Ini semua yang ada dalam set.
Suka minum dan rasa tea thai ice nie.
Macam rasa air mata kucing yang cair dan terlebih air.
Ini rasa tekak puan zai lah... apa-apa pun sedap...

 Dessert peberet puan zai ---> water chestnut... mesti order kalau makan kat sini.

Erkkk kenyang...
Baliking timeee...
Tapi jam lagi lorh...


4 comments:

Bardboo said...

johnys ni antara kedai yang saya nak terjah bila balik malaysia nanti...dah terbayang2 dah steambot tu..huhu..

mamawana said...

Johny ni kat mana yer.? Kat KL tak pernah nampak. Biasa dgn Nandos, Pizza, KFC, McD, DaraBeef ....

Jendela Hati said...

mamawana: thnks singgah... selalunya makan dgn geng kat johnny BP plaza... kat times square pun ada...kalau mkn steambot suka sgt dgn sos cicah dia yg masam2 manis pedas tu..

Jendela Hati said...

bardboo: bole la try nanti