Saturday, January 14, 2012

Cara JH bebaskan diri dari tekanan...

Assalamualaikum kengkawan...

Salam sabtu...

Pejam celik pejam celik dah hampir setengah bulan kita di tahun 2012 nie kan.

Puan zai dah buat appraisal untuk tahun 2011 dengan boss kecik kelmarin. Markah OK je lah... feedback dari boss kecik pun ok.

Maklumlah puan zai baru setahun under dia. Big boss tu dah hampir 5 tahun kerja under dia. Kalau buat appraisal dengan dia pun tak banyak yang boleh buat kita sakit hati sebab tu mungkin puan zai happy kerja dengan dia.

Setelah 15 tahun puan zai berkhidmat di company ini dan hampir 5 tahun berkhidmat di jabatan ini, moga bigboss dan bosskecik buka mata dengan apa yang dah puan zai lakukan selama ini.

Tapi kan tahun 2012 nie bole buat otak makin lama makin jammed. Kerja makin banyak.

Terasa jugak tekanan dia. Cuma puan zai kadang tu bila masuk dalam posisi tekanan puan zai terus motivate diri sendiri. Lapangkan fikiran dengan segera supaya otak nie tak terus-terus tertekan.

1st quater tahun ini puan zai dah dapat bayangkan apa task yang bigboss dan boss kecik akan beri. Tension makin menjadi tapi bak kata CEO puan zai berkerja, kat opis jangan terlalu stress, hiburkan hati... huhu...

Ada selak-selak majalah lama Mingguan Wanita tadi. Ada 10 cara untuk kita bebaskan diri dari tekanan.

Antaranya ialah:
1) Pilih untuk gembira
2) Sentiasa bersyukur
3) Menjadi pemaaf
4) Lawan pemikiran negatif
5) Tambah sahabat
6) Lemparkan senyuman
7) berbuat baik
8) Gembira jauhi penyakit
9) Sertai aktiviti
10) Bukan mengenai wang

OK... semua yang kesepuluh cara ini nampaknya puan zai dah buat. Tapi kalau tensi lagi camner? huhu...

Ok mari puan zai buat rumusan tentang 10 cara puan zai bebaskan diri dari tekanan seperti di atas

Puan zai memang memilih untuk pilih gembira. Apa masalah pun dalam kepala tetap luaran gembira. Sentiasa rasa syukur dengan apa yang ada.

Setiasa melawan fikiran negatif tu memang selalu. Senyuman di bibir tu emang senantiasa. Ini pun sebagai motivate diri sendiri. Paling tak suka kalau kita dah senyum orang lain buat dek je.

Aktiviti tu bukan lah puan zai ada buat aktiviti lasak, tapi aktiviti luar seperti jumpa kawan-kawan dan makan.

Wang pula kadang-kadang memang sebagai sumber untuk diri sendiri berasa gembira dan hilang tekanan.

Jadinya, tak kira tekanan kita dari tempat kerja atau dalam rumah sekali pun, jangan terlalu memikirkannya. Cuma kita sebagai manusia biasa nie tak lepas dari tekanan.

Dan moga tahun 2012 puan zai terus-terusan dapat menangai masalah tekanan ini...

Puan zai @ JH...

4 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Ibu Yusuf hilangkan stress dgn ZZZZZZZZZ.. hahaha..

Jendela Hati said...

zefa norasmara: ye betul le, cara bebas tekanan dgn ZZZZZZZZZ selalu jugak buat.

Azrey Rozie Eiman said...

Ngaji. Sgt2 membantu

Jendela Hati said...

azrey rozie eiman: ha ni pun salah satu cara