Wednesday, January 4, 2012

Anak-anakku dan sekolah...

Tajuk di atas memang Anak-anakku dan sekolah...

ataupun boleh di katakan Sekolah dan seronok...

atau Sekolah dan haru-biru...

wokeh lah puan zai rasa ketiga-tiga merangkumi semua rentetan cerita hari ini seperti di bawah...

Pada suatu hari.......

 Kakak tersenyum semangat di kala jam 6.30 pagi tadi...

Adik juga bersemangat... [gambar recycle-sebelum gunting rambut...]

Sekolah dan seronok
Syukur... rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah tentu sibuk menguruskan anak-anak di sekolah terutamanya yang baru memulakan persekolahan di tahun satu.

Syukur juga anak-anak puan zai di hari pertama sekolah tiada masalah. Masing-masing terlalu teruja untuk ke sekolah. Sebelum sekolah di buka, pakaian, beg dan kasut sekolah berkali-kali di cuba dan di gayakan di depan cermin terutama si adik tu.

Nampaknya adik tidak bermasalah untuk bangun pagi. Hakikatnya adik sedari lahirnya sejak bayi hinggalah sekarang memang mudah bangun pagi seawal jam 6 ataupun sebelum masuk azan subuh. Tidak perlu kejut tidak perlu sedarkan adik, adik tetap bangun bila orang tuanya sudah bangun.

Terkenang cerita tahun lepas yakni pada januari tahun 2011 di mana adik masuk tadika 5 tahun, selama 7 hari berturut-turut adik buat hal dengan mungkin sengaja tidak mahu bangun pagi dan tidak mahu ke sekolah.

Seingat puan zai, pada hari ke 8 persekolahan baru adik ok dan dah serasi dalam kelas. Punya lah kecewa dan tak sangka adik yang selalu bangun pagi ini tidak berbuat demikian pada minggu pertama sekolah tahun 2011.... nampaknya tahun 2012 ini adik dah OK dah sedikit pun tidak menangis... 

Berbeza dengan si kakak di mana sejak kakak 5 tahun hingga lah masuk tahun 1 kakak sedikit pun tidak gentar dan menangis di awal persekolahannya.

Si ibu pula yang terlalu teruja sehingga tidak lena tidur malam ini telah mengambil cuti tahun sebanyak 3 hari untuk menemani kakak di sekolah di tahun 1... namun perkataan ini yang ibu dengar di hari pertama persekolahan kakak "Ibu balik lah rumah tak payah tunggu" Huahuahauaaaa.... kakak oh kakak... itu lah teruja punya pasal... macam-macam dok piker pasal kakak di sekolah nanti...

Sekolah dan haru-biru
Sekolah dan haru-biru? Apa tu?... tak hendak puan zai cerita buruknya... cuma sedikit kecewa dengan salah info dari surat sekolah yang telah menyerahkan surat sekolah sebelum cuti sekolah bermula yang mengatakan sekolah bermula 3 haribulan Januari... dan bukannya 4 haribulan... boleh buat migrain selain gelabah tahap gaban jika terjadi perkara sebegini kat diri sendiri... DAN anda tafsirkanlah sendiri...

Kedua: perkara sekolah jadi haru biru bila hampir setiap tahun bila ke kedai buku sekolah perkataan yang sama akan keluar dari mulut penjaga kedai yang mengata "buku tiada stok"... dan bila di tanya dengan soalan yang sama setiap tahun - bila ada stok?... dan di jawab dengan jawapan yang sama setiap tahun juga ialah "lagi  2 minggu lagi sampai"... dan di sambung jua dengan ayat "tak boleh beli buku kedai luar, buku kena ada logo sekolah"... hmmm sampaikan dua tiga kali datang sekolah pun jawapan yang sama... DAN... anda tafsirkan lah sendiri...

OK... dah merepek dengan dua perkara haru-biru di minggu pertama persekolahan dah puan zai nie... 

Puan zai suka tengok berita tentang kanak-kanak yang baru masuk tahun 1. Pelbagai ramai boleh tengok kan... tergeletek tengok wajah-wajah comel mereka tapi kalau kena anak sendiri geram jugak ek kita tengok nak-nak bab menangis huhu...

Setakat ini dulu celoteh di malam hari, jumpa lagi ek tata...

Puan zai @ Jendela Hati...


5 comments:

lady lavender said...

mcm dah jadi budaya kan bila anak2 mula sekolah mak2 yg ambik cuti :-)

Ibu Yusuf Maryam said...

Selamat bersekolah buat nur zahirah dan khuzae. Yusuf pun dah mula sekolah semalam, tapi maryam baru nak mula harini..

zul permatang badak said...

sibuk sungguh mengurus anak2 sekolah....
minggu pertama ni....masih mencari kelengkapan yg perlu....

Nur said...

Wah, bagus la anak-anak Puan Zai.
Yati last year tunggu juga Hafizan kat tadika, dalam 3 hari juga, tunggu je dengan si kecik. Tahun ni, dia ok. Amirul, darjah 3 pun ok, kalau kita nak masuk teman dia, dia suruh balik. :)

Jendela Hati said...

LL: sebab tu jalan raya untuk dua tiga ari nie masih clear lg sbb ibubapa cuti anta anak sekolah

zefa norasmara: selamat mula sekolah juga buat yusuf dan maryam jua. mesti ibu yusuf bz kan anak sekolah

zul PB: betul tu en zul... balik keje td si kakak dah ngadu eraser udah ilang..sabo je la

yati: anak2 skrg dh byk advance dh... ada yg ada keyakinan diri tu yg soh ibu balik walhal ibu teruja nak tggu anak hehe