Al-FATIHAH... Sahabat handai dan kenalan menziarahi serta memberikan penghormatan kepada Allahyarham penyanyi Khairil Izwan Pilus yang meninggal dunia di Hospital Ampang, kira-kira jam 6.15 petang Jumaat. Khairil, 32, meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan kuman pada darah-Mstar
Izwan Pilus. - Foto diambil daripada akaun Facebook Izwan Pilus.
Izwan Pilus. - Foto diambil daripada akaun Facebook Izwan Pilus.
PETALING JAYA: Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus akibat jangkitan kuman dalam darah dan terkena virus kencing tikus yang serius.
Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.
Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini mengesahkan berita sedih ini.
Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.
"Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," kata Shaiful.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung tersebut pada pukul 11 pagi Sabtu.
Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.
Anak kedua daripada empat beradik ini bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital sebelum mengalami masalah kesihatan semula sejak dua minggu lalu.
p.s- Al-fatihah dan takziah buat keluarga arwah...
1 comment:
al-fatihah dan takziah buat keluarga izwan...
Wira Chomel recently posted Serius: Santet, Sihir & Dendam Akan Memakan Diri Sendiri
Post a Comment