Sunday, January 16, 2011

Zahirah dengan dunia baru taekwando

Nak tak nak, nak jugak.
Tak bolehnya kata tidak.
Nak juga si kakak masuk teakwando.
Sebabnya anak buah puan zai yang baru masuk darjah satu tu masuk taekwando juga tahun ini, so kakak ada geng lah kalau nak masuk taekwando ni.
Pendaftaran pada jam 10 dengan bayaran RM110 serta mengisi borang dan salinan surat beranak kakak. Yuran sebulan ialah RM20. Teakwando setiap hari ahad di dalam dewan terbuka sekolah dari jam 10 -  11.30 pagi.
Sir Fauzan selaku tenaga pengajar macam rupa si Shahir AF lah pulak. Nie kalau puan zai layak bertaekwando nie mahu puan zai register masuk... hahaha...
Yang duduk paling kanan tu adik, penonton setia kakak tu... adik pun bukan main bangun pagi sebab nak ikut kakak taekwando di sekolah.

Puan zai amek pic dari kantin sekolah. Mereka berlatih di dalam dewan terbuka sekolah kakak.

Kakak takde uniform lagi, next week hari ahad baru Sir Fauzan bagi uniform kakak yang mana pagi tadi dah cuba size.

Sejam sebelum ke sekolah, kami breakfast dulu di Ali Corner. Kakak order roti canai dan bali suam.

Adik pun sama order roti canai dan air suam jer.
Dua hari di rumah banyak aktiviti di lakukan oleh kedua2 anak puan zai. Puan zai pula kejap lagi nak start "berpeluh" dengan baju2 sekolah dan baju2 kerja yang hendak di gosok.
Esok mula kerja. Biasa lah mood hari senin. Tak berapa sangat lagi pula boss pun dah masuk office. 
Tapi takat 4 hari ini puan zai jumpa dia boss. Hari khamis kan cuti Thaipusam. Bermula 24hb nanti sampai lah ke 10hb feb puan zai merdeka balik sebab boss bercuti CNY.
OK lah buat masa ini. Satu hari satu catatan yang mampu puan zai buat takat berblog nie.
Semoga jumpa di lain hari. Jaga diri semua.
Wasalam.
Puan zai...
p.s hari ni juga kenyang limau mandarin hehehe

2 comments:

lady lavender said...

saya pun minat nak anta anak pi class teakwando..tapi tak tau le anak2 minat ke tak..kot2 ibu aje yg terlebih minat :-)

Jendela Hati said...

Hehehe puan zai tak boleh masuk teakwndo nie, nanti sir ajar kat dpn puan zai tgk sir jer tak sudah2..hihihi