Friday, March 30, 2012

Tolong kenduri...

As-salam...

Makcik puan zai iaitu sepupu mak akan menyambut menantu esok. Rumah makcik nie sebelah rumah yo. Tak lah jauh mana rumah eh. Pintu hadapan bertemu pintu lah kiranya.

Majlis Akad Nikah akan berlangsung esok seiring dengan kenduri kendaranya sekali.

Sekarang nie dah jam 8.49 malam. Persiapan memang sedang diperancakkan. Mak puan zai kata bz sejak pagi. Ada banyak benda nak 'touch up' luar dan dalam rumah tu.

Sampai rumah dari tempat kerja tadi puan zai sempat singgah sekejap 'menayang' muka yang tak berapa lawa nie menjenguk apa yang patut nak di tolong haha...

Jom jom tengok apa yang dorang buat tu...


Kupas apa yang patut untuk menu esok.

 Buat kerja di bawah pokok rambutan.
Teduh sikit.
Dengarnya menu esok ialah gulai daging, ayam masak merah, gulai nangka dan lain-lain.

 Yang ini sedang bz mengoreng ayam untuk buat ayam masak merah.
Nyum nyum peberet kuuuu...

 Baru siap inti kentang untuk karipap.
Karipap nie untuk sarapan esok.

Dah jenguk kat luar, puan zai jenguk dalam rumah pula.
Makcik kata bilik dah ok.
Pelamin lak masih dalam 'proses'.
Pelamin buat sendiri, nie tak siap sepenuhnya lagi... ada lagi nak touch up tu.

Puan zai sempat tolong isi telur kat bunga pahar aje.
Sempat lah siapkan sebelum azan maghrib tadi.
Ada dua kaler bunga pahar nie-merah dan puteh.

Pengantin berinai.

Buat tangan dulu.
Kang payah nak ke mana.
Malam sikit atau sebelum tido baru pakai kat kaki.

Malam pula kat rumah makan yong tau foo ramai-ramai sebelum nak pergi balik rumah makcik.
Pastu kekenyangan.

Lepas post entry nie puan zai nak jenguk balik ke rumah makcik. Tolong apa yang patut. Tak pun tolong tengok hehehe... Bukan main ek tajuk post 'Tolong kenduri'? Walhal balik kerja tadi cuma sempat isi telur kat bunga pahar je.

OK lah, sambung lagi nanti ye... InsyaAllah kalau puan zai sempat snap gambar esok puan zai post ye... Buat anda semua selamat berhari minggu bersama keluarga tercinta... tata...

Sekian.... Puan Zai @ JH...



3 comments:

..::..aRe-Na..::.. said...

waa,behnya kenuri
leh bkumpui ngn sanak sedara sumekan..
beh2 hehehe

Aine Ainun said...

Selamat merewang ok;)

hepi wekwnd!

Azrey Rozie Eiman said...

Nampak inti karipap pun dah tau sedap!