Hari rabu yang lepas jam 5 petang, badan adik mula panas. Dua hari sebelum tu adik selsema dan batuk biasa.
Risau akan keadaan demam adik, malam tu jam 8.00 malam puan zai terus bawa adik ke hospital.
Bila check suhu di zone pesakit luar, suhu adik 37.8.
Setelah doktor check adik dan puan zai pun dah cerita history kesihatan adik, kami pulang ke rumah dengan membawa bekalan ubat demam, selsema dan batuk. Doktor pesan jika masih demam, adik dikehendaki datang semula untuk check.
Sebelum tu puan zai ada bertanya pada doktor adakah adik perlu mendapatkan nep sebab adik ini ada "Hyperactive Airway Disease" atau "pernafasan laju". maksudnya sekiranya adik kena attack nie, penafasan adik akan jadi laju selepas batuk-batuk sehinggakan dada serta bahagian leher adik akan berlekuk ke dalam bila menarik nafas. Sakit ini kiranya sama seperti adik beradik asma.
Start dari malam tu adik batuk terus-terusan dan kejap-kejap terjaga.
Pagi khamis tu, dengan berat hati puan zai tinggalkan adik pada mak dengan harapan adik OK sepanjang hari ini. Apaknya juga mengambil time off setengah hari untuk jaga adik sementara puan zai ke office.
Kat office buat kerja sambil ingat pada adik saja. Sesampai di rumah, puan zai kata pada mak dan suami yang adik nie tak boleh tunggu nie sebab demam dia tak kebah walau ubat demam dah bagi ikut time. Dan puan zai sudah fobia semenjak adik di serang sawan demam pada december 2009.
(Nak diingatkan masa tu adik admitted hospital atas sebab demam panas dan hyperactive airway tu juga. Admitted hospital pada belah pagi jam 11 pagi, dan jam 6.00 petang hari yang sama adik kena sawan. Nasib baik lah katil sebelah dengan counter nurse. Doktor-doktor dan nurse semua datang membantu sementara puan zai buntu tak tahu nak buat apa . Maklumlah tengok pada keadaan adik yang masa tu mata memandang ke atas dan badan, tangan serta kaki kejang. Masa tu juga adik di tolak ke ICU untuk susulan lanjut)
Dengan doa dan harapan agar kejadian 2009 itu tidak berulang lagi, puan zai terus bawa adik ke Zone A-Hospital KL tanpa berlengah.
Puan zai ingat adik harus ambil nep, tapi doktor masa tu terus kata adik kena admit hospital sekarang juga setelah mendengar history kesihatan adik.
Setelah check suhu 38, ubat bontot terus di masukkan dan dalam pada yang sama seorang nurse yang baik hati telah tolong puan zai register kan nama adik di counter pendaftaran masuk hospital. Kemasukkan ke Institut Pediatrik adalah kali yang ke 15 seumur hidup adik semenjak umur adik 2 hari lagi. Tahun nie adik dah 5 tahun pada 28hb Feb depan.
Jarak antara emergency HKL dan Institut Pediatrik tidaklah jauh, tetapi dengan risaukan adik macam jauh sangat Pediatrik tu. Seharusnya puan zai kena lebih tabah dan gagah.
Sesampai di counter nurse di KK1, suhu adik di check lagi. Kali ini dah naik ke 39.6.
Sepanjang masa kain basah memang tak lekang dari tangan nie untuk lap badan adik semua demamnya kebah.
Setelah dapat katil, terus seorang doktor check adik dan interview puan zai tentang semua history adik. Selain adik ada buku hospital adik sendiri di mana semasa keluar masuk hospital atau medical checkup, setiap perkembangan adik akan di tulis di situ.
Begitu juga dengan puan zai sendiri pun ada nota kecil untuk catit benda-benda penting untuk standby dengan soalan-soalan yang akan doktor tanya.
Malam tu juga darah adik di ambil untuk tengok result. Seingat puan zai hanya dua kali adik di beri nep selepas doktor sarankan adik terus guna inhaler sendiri untuk 4 hourly dan nep tidak di perlukan.
Keesokkanya paginya setelah doktor pakar datang, puan zai diberitahu yang result darah adik OK dan paru-paru adik juga nampaknya OK. Cuma adik demam dan tonsil adik bengkak. Selain adik ada appointment dengan doktor surgical dan doktor respi setiap 3 bulan, adik juga ada appointment dengan T&E untuk followup tonsil yang bengkak tu. Setelah buat "sleep study", doktor kata tak perlu remove tonsil buat masa nie dan cuma datang untuk follow up.
Adik pandang ibu dengan pandangan penuh makna bila doktor kata "nanti ibu bagi je ais krim kat anak boleh kurangkan bengkak tonsil tu".
Setelah 3 hari bertapa di hospital, akhirnya pada hari ahad adik dapat discharge. Lega tu memang lega dapat balik rumah dan puan zai harap adik cepat sembuh dan tak demam. Puan zai sebenarnya rela masuk hospital jika keadaan adik membimbangkan kerana kalau di rumah pun tiada apa yang boleh membantu kecuali dengan susulan dari doktor.
Setakat jam 11 malam nie, nampaknya badan adik tak panas dah. Syukur lah alhamdulilah. Batuk tu memang doktor ada bagitahu yang ia akan sikit-sikit hilang dan terus guna inhaler 6 hourly sehingga adik dah OK.
Kat rumah sebelum ke hosp. Adik nak bubur mcd tp tak luak pun makan. Tak selera makan dah dua hari. |
Malam pertama di hospital. Panas badan adik. Kain basah sentiasa ada. |
Subuh hari pertama. Tido tak berbaju. Badan panas tapi adik kata sejuk. |
Hari kedua. Demam adik on and off. Sekejap-kejap panas sesangat. Ubat demam dan antibiotik di berikan. |
Hari ketiga. Hari sabtu. Adik kena minum banyak air. |
Muka tahap boring kat hospital. |
Lapar tapi tak lalu nak makan biskut yang apak beli semalam. |
Intai baby bilik sebelah. Hai hai kat baby tu... |
Pose 1: menulis. |
Pose 2: menulis. |
Pose 3: juga menulis. Sampai 3 pose alih-alih posisi tempat duduk sebab boring kat tempat yang sama. |
Pose kejap di sebelah bilik bacaan/permainan. |
Pose di sebelah kolam ikan berdekatan kantin hospital. Hai adik dah macam buat lawatan pula demam-demam nie. |
Masa ini nampak adik mula selera makan nasi dah. |
"Tolong jangan bising" |
Entah apa yang ditunjuk adik kat apak tu... |
Ini ialah muka nak balik rumah... |
Nak ikutkan hati ni, duduk di hospital memang lah tidak selesa tapi itu tempat terbaik untuk adik. Semoga kesihatan adik bertambah baik untuk sekarang dan masa-masa akan datang. Amin.
Sekian.
Puan zai...
2 comments:
Bersabarla Puan Zai menghadapi dugaan yang berat ni, kita sebagai ibu memanglah sentiasa risau kalau anak demam walaupun demam biasa je.
mudah-mudahan..adik sihat sentiasa :)
Post a Comment