Sunday, February 6, 2011

Lahirnya anak sulungku Nur Zahirah Afiqah...

Ya Assalammualaikum buat semua...

Hari ini hari ahad... Biasa lah setelah letih beraktiviti di luar rumah, puan zai mengambil kesempatan sehari ini untuk duduk sahaja di rumah. Maklumlah esok dah start sekolah, banyak benda nak buat. Nak iron baju, nak kemas rumah dan lain2.

Sambil tu puan zai nak catatkan di dalam blog sendiri tentang lahirnya seorang puteri yang "cantik dan cute" ini. Cewahhh....

Semasa puan zai mengandungkan Zahirah semasa usia kandungan 8 bulan, anak dalam kandungan nie jua dikenali sebagai baby antrak. Nak tahu kenapa? Heeee kalau ingat lah masa ni haru betul tapi kelakar juga bila di ingat-ingatkan.

Masa tu semasa puan zai masih di Direct Marketing Dept (1st department), puan zai hari tu telah mengantikan kakselvi yang mc untuk membuka semua mails dari customer/policyholder. Mails tersebut termasuk lah application form dan semua surat2. Dah nasib masa tu  kena buka mails kalau tak, tak lah jadi cerita nie kuikui..

Semasa puan zai buka salah satu surat tu, puan zai tengok di dalam lipatan tu ada serbuk2 seakan bedak pun ada, tepung pun ada. Apalagi terus puan zai bagitahu executive puan zai masa tu. Dia pun apalagi yang dia pun guna lift belakang terus naik ke klinik company. 
(Padahal bila jadi kejadian sebegini, sesiapa pun tak boleh kemana-mana kecuali duduk di tempat masing2. Tp tu la ini 1st time berlaku so semua gelabah ler).

Masing2 tak gerak dari tempat kekononnya serbuk itu adalah antrak kecuali si exec tu yang dah naik ke klinik. Antrak nie kan masa tu kecoh se-dunia yang mana boleh/akan mengancam nyawa manusia. Masa ini rasanya 1st company yang di catatkan yang menerima antrak nie. Ada juga lepas tu company2 lain yang masuk new papers yang terima nasib yang sama.

Bila berita ini dah tersebar, semua staff di semua tingkat di arah turun ke bawah bangunan kecuali staff department puan zai. Beberapa pegawai polis yang sedang soalsiasat tu sambil tu puan zai duduk di luar pintu office, staff lain2 yang semua dok tanya2 dan risau kan puan zai yang dok membuyut dengan perut yang besar tu. Dan dalam pada tu datanglah sepasukan yang pakai topeng segala siasat serbuk tadi. Tengok pada anggota bertopeng tu nak gelak pun ada tak lemas ke dok dalam tu.

Sementara polis dan penyisat datang untuk bersoal siasat dan tanya tentang keselamatan puan zai, yang lain2 diarahkan supaya ke toilet dan mandi masa tu juga dan meninggalkan pakaian masing2 termasuk pakaian luar dan dalam ke dalam satu beg plastik. Di fahamkan pakaian kami itu akan di bakar jika benar lah itu adalah antrak. Aduuuhhhh dah la baju pregnant tu hadiah dari mak teh. Cantik pula baju tu sebab sedap je memakainya tapi apa nak buat tiada rezeki...

Nak tahu baju apa yang kami pakaiiii??? Pakaian kami diganti dengan baju hospital yang berwarna hijau tu...aduuuiiii dah macam pesakit mental lah pula bila kami reramai turun ke bawah untuk pulang ke rumah.

Disebabkan puan zai yang konon2nya menjumpai antrak tu, puan zai kena pergi ke balai polis untuk buat police report bersama2 dengan executive dan ketua security company. Takkan nak pakai baju hijau tu, apa lagi kawan dept pun balik ke rumah puan zai kejap untuk bawa baju persalinan satu. Nak tahu mak dan suami punya risau camner puan zai masa tu.
Dengarnya suami masa tu pergi balai ke balai untuk mencari puan zai sebabnya puan zai tak nyatakan balai mana yang puan zai pergi. Yelah orang tengah gelabah dan runsing sampai kena ke balai buat report...adeeehhhh.... 

Ngam2 sebulan kami mendapat appointment ke GH untuk check susulan untuk memastikan kami semua sihat dan OK jauh dari antrak tu. Wahhh masa tu department tutup sebab semua yang seramai hampir 10 orang tu ke hospital beramai2.

Itulah pengalaman masa puan zai mengandungkan Zahirah. Pengalaman yang tak pernah dilupakan sampai sekarang. Alhamdullilah semua tak apa2 dan semuanya selamat dari ancaman antrak. Dengarnya mungkin salah sorang customer tu buat pedajal je mungkin itu tepung semata.

Berbalik pada menunggu kelahiran anak sulungku ini, puan zai di arahkan untuk admit ke Hospital Matenity Kuala Lumpur pada 3hb Feb 2002 iaitu seminggu awal dari tarikh due kerana kandungan nie consider "dah masak" untuk dilahirkan maklum lah puan zai masa ini dah ada diabetes tapi tidak lah memudaratkan cuma sepanjang prenancy nie puan zai cuma control makan dan ber"diet".

Setelah mendaftar masuk, malam tu doktor berjumpa kami iaitu ibu2 yang akan di indius pada keesokan paginya. Nak tak nak kami seramai lebih kurang 10 orang ini tetap kan di indius esok pepagi.

"Esok mak2 semua (panggilan nurse dan doktor pada kami) akan di indius pada jam 6am. Esok sebelum indius mandi dulu pastu pakai bedak wangi2 ye" Wahhh pandai pula melawak doktor nie.

Seawal jam 5 puan zai dah bangun dan terus ke bilik air untuk mandi dan bersiap2. Jam 6am terus kami semua di indius yaknie dimasukkan ubat dan balik ke katil masing2.

Tepat jam 12pm puan zai dah mula sakit2. Mula2 sejam sekali sehingga lah selang 5 minit sekali. Seingat puan zai sakit indius nie ( yelah nak compare kakak dgn adik yang tak indius masa tu, time kakak nie sakitnya tak bole nak cerita, menggigil kepala lutut). 

Rasanya puan zai orang pertama yang sakit, syukur lah sebab ada yang sakit petang dan malam. Ada juga yang tak sakit dan kena indius sekali lagi. Tu yang tak nak tu huhu...

Masa tu lunch time yang mana time makan dan time melawat. Adik perempuan dan adik ipar datang bawa kan puan zai nasi bungkus. Walaupun tak makan lagi tapi semuanye tak penting. 

Puan zai menangung sakit ya amat sampai mengigil lutut nie. Jarak antara katil dan counter nurse bukannya jauh. Sedepa cuma tapi rasanya jauhnya agaknya dari rumah ke Tesco huhu.

Puan zai gagahi diri dan cuba berdiri dan berjalan perlahan2 menahan gigilan lutut sampai lah ke counter. Puan zai katakan pada mereka yang dah rasa nak bersalin. 

Puan zai di bawa ke bilik rawatan untuk check berapa besar dah pembukaan rahim. 

Wah dah hampir2 dah nie terus puan zai di bawa ke labour room. Dari situ puan zai nampak suami dan mak...kedua2 tangan mereka di genggam erat.

Apabila dah siap sedia di labour room, seorang doktor lelaki india yang muda mengawasi puan zai selama berada di labour room... adeh doktor muda kah? Malu memang malu tapi dah sakit mengatasi semua. 

Kedengaran bunyi bising di padang hospital. Rupanya helikopter yang membawa arwah Datin Rafeah Buang dari Pahang. Masa tu tak silap dia sedang tenat.

Tepat jam 2.29pm pada hari Isnin bersamaan 4 Febuary 2002, terbit lah satu tangisan halus di hujung sana. 

Sambil bidan bertanya "Mak, ini anak apa mak?" Tanya bidan. 

Dengan separa  tangisan serta terharu puan zai menjawap "perempuan"....

Syukur daku dapat baby perempuan...

Bidan terus serahkan baby pada puan zai dan puan zai dakap dengan penuh kesyukuran... masa tu juga bidan suruh terus je bagi breast feed. Tak lama lepas tu baby di ambil untuk di bersihkan dan puan zai bersiap sedia untuk ke ward.

Apabila hendak di sorong ke ward, baby2 di letak di celah antara peha ibu2 yang berbaring. Masa tu tak dapat di bayang kan perasaan ibu2 yang mana semua baby masing 2 diletakkan begitu.  Masa tu perasaan bangga dan gembira tak terkata. Paling terasa bila adanya perasaan bangga tu kot...

Ada jua yang di sorong kosong, betapa sedih ibu tersebut dan ada juga ibu dan anak ditutup dari kepala ke kaki, ntah apa la perasaan seorang bapa yang menunggu di luar sana.

Keluar sahaja dari pintu ke lift puan zai dah nampak mak dan suami yang kegembiraan dan bersyukur. Mengalir air mata mak bila nampak yang disorong keluar itu adalah puan zai setelah mak tadi sebelum tu nampak jenazah seorang ibu yang meninggal dunia selepas bersalin.

Ketika ini puan zai rasa terharu dan bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya kepada puan zai dan keluarga. Kiranya inilah pengalaman penyambut kedatangan baby sulung kepada keluarga Abdul Gani Hj Bidin & Jamaliah binti Othman dan Buang bin Saripin & Siti binti Sarian.

Nama Nur Zahirah Afiqah. Zahirah nama di beri oleh ibu dan Afiqah di beri oleh apak. Nama Zahirah di ambil sempena masa tu permaisuri Zahirah dan Agong menjadi pemangku Agong. Lagipun nama ibu dan anak seakan2 sama. Zaihasra@Zahirah...

Jom kita layan pic2 Puteri sulung ku ini...

  
Zahirah semasa 4 bulan

5 tahun

6 tahun

Dah pun 9 tahun... pic yg bwh nie semua di snap oleh kakak sendiri, ntah bila dia snap tau2 dah ada dlm hp nie..










2 comments:

Kak Aya said...

Selamat Ulangtahun ke 9, zahirah! dah jadi anak dara pun..belajar rajin-rajin, jangan lawan cakap ibu dan apak ye..

Jendela Hati said...

Thanks acik aya...