Sunday, March 13, 2011

Sepinggan nasi untuk abah

Assalamualaikum buat semua di mana jua anda berada...

Plan hari ini nak ke kenduri kawen. Bila piker cuaca yang suram nampaknya tak lah gi mana-mana kecuali dok rumah, baca blog dan update blog.

Abah beri kebenaran pada mak untuk mak sertai mak lang kat Keramat untuk ke kenduri kawen saudara jauh. Pulak tu sepatutnya ada lagi satu jemputan kenduri di Damansara, alahai tak dapat hadirkan diri juga.

Abah pula tak berapa sihat, dari malam tadi dok pakai machine nepulizer untuk orang semput tu.

Tiba-tiba abah kata : "Nak makan apa tengahari ni? Gi lah beli lauk kedai minang tu"

Puan zai suka juga lauk pauk kat kedai minang tu. Memang itu pun peberet abah ala nama pun dah orang minang tentunya masakan minang yang di cari. Selalu soh mak beli lauk minang kalu puan zai keje. Tak jemu-jemu. Selalunya beli keli bercili, ayam gulai, terung bercili dll. Tapi entahlah tekak puan zai kadang-kadang dah kembang nak makan lauk minang nie. Kalu dulu beli suka beli letak nasi dan lauk satu bekas. Makan pun best sebab semua lauk dah bercampur. Sehingga menjilat jari. Mak pula suka beli lauk asing-asing. Kalau tak habis, lauk tu bawa ke malam.

Masalahnya sekarang puan zai malas lah nak keluar. Mood nak dok rumah je. Lagipun bila bayangkan lauk minang ish tak payahlah abah.

Setelah tanak nasi, terus perhangatkan lauk gulai ayam malam tadi dan terus kupas bawang. Kepala otak nie nak masak yang simple dan cepat je. Apalagi kalau bukan masak kicap ayam. Budak-budak pun boleh makan. Tak pedas.

Sepingan nasi untuk abah. Simple dan cepat.
Sekarang nie abah sedang makan sensorang tanpa mak. Selalunya mak jadi teman setia teman abah makan. Kalau mak tak makan pun mak mesti dok depan abah. Memang dah jadi kebiasaannya macam tu. Abah pula kalau nak makan, semua dah siap hidang nasi, air suam, air basuh tangan, sudu mesti dah siap baru abah makan. Kalau tak mesti dia minta itu ini.

Tika nie puan zai terdengar abah sedang call mak, Tentu abah soh mak balik cepat. Yelah mana boleh mak keluar lama-lama tentu abah cari takut semput datang lagi.


Puan zai ajak anak-anak makan, tapi semua dok ralit tengok rancangan baru bersiri kat Astro Ceria tajuk ZOO. (Pelakonnya Lisa Suriani, Bob Lokman, Cat Faris dan pelakon kanak-kanak yang sedang popular tu Mia-tak pasti nama betul dia apa). Excitednya anak-anak tengok sampai tak terlayan ibu nie bertanya.


Agaknya udah kenyang makan mehon dan maggi goreng serta minum milo ais. Adik pula lepas sarapan dah bedal sebotol susu.


Cuaca yang suram nie, harap-harap jemuran di luar akan kering. Esok anak-anak bercuti sekolah jadi hari ini kurang sikit jumlah baju yang nak di iron. Cuma kena iron baju-baju kerja je lah.


Cuti sekolah ini puan zai kena ambil cuti sehari pada hari rabu untuk hantar adik ke Pediatrik, HKL untuk Surgical medical checkup.


Sekian sahaja catatan hari ahad ini. Selamat beristirehat di samping keluarga dan ceria-ceria selalu. Kepada semua yang baru jelajah blog puan zai yang tak seberapa ini, silalah singgah lagi ye.


Wassalam...
Puan zai...

3 comments:

lady lavender said...

saya pun weekend ni memerap kat umah aje. Malas nak kuar. So, takde lah cerita aktiviti hujung minggun kat blog saya heeh..

erienz said...

Tiba2 terasa nk makan ayam masak kicap...

Jendela Hati said...

LL: Yelah selalu sy dok memerap dlm umah kalu tak gi mana-mana. nak2 kalu cuaca tak begitu baek. mkn, tido tgk TV hehe..
Erienz: Menu mudah untuk anak-anak, tak pedas n simple..hehe..