Saturday, March 12, 2011

Sedap makan vs hati tak sedap

Salam hari sabtu...

Petang tadi hujan turun lagi. Lebat-selebatnya. Sempat lelapkan mata dengan si adik. Kakak je tak tido, buat aktiviti sendiri dalam bilik.

Cadangnya semua nak buat potluck makan reramai di bawah pokok rambutan tu petang hari. Bila dah basah nie kena tunggu la selepas maghrib sekali.

Kanvas dah siap pasang. Bila nak hidang kat meja kayu baru letak tikar untuk acara makan.

Ibu tanya kakak nak mkn apa? Kakak jawap "Kita nak makan mehon dulu ibu".
Adik pula? "Adik nak nasi banyak2"
Untuk kali ini buat yg simple. Tauhu sumbat. Pehtu kitaorng goreng mehon (standard menu)haha tiap kali mesti mehon ek.
Mlm nie pun ada mcm2. Satay, laksa, nasi puteh, lauk kurma daging, rendang daging, arca buah, mehon goreng/tauhu sumbat , kueh keria, buah oren dan air oren jugak.
Pas makan terus pimpin adik balik ke rumah. Sempat jamah semangkuk laksa dan air oren. Buah oren dah puan zai serta si adik nie rembat sebelum majlis hehe sebab geram tengok buah oren nie. Besar sebiji RM1. Maklum lah kami nie hantu buah. Apa-apa pun rembat buah dulu. Si adik mana boleh tengok buah oren, mesti dah intai-intai dari jauh.

Biar lah dorang makan sedap-sedap apa yang ada. Memang sedap makan tapi hati je tak sedap. Ntah kenapa. Biasa lah pompuan emosi tak berapa betul. (teruk tul nie kalau ank dara mesti orang tak masuk meminang, pas makan cabut ek) huhu...

OK lah buat malam di hari sabtu ni. Catatan pendek puan zai untuk semua.

Sekian.

Wassalam.
Puan zai...

2 comments:

zul permatang badak said...

Malam kadang2 makan yang mudah2 je...sbb minum petang dah pekena laksa..meehoon....cekodok..
jadi untuk malam.....biskut cicah air kopi pun..tak kisah........kalau nak makan nasi hangatkan lauk tengahari............

tapi kalau ada saudara mara mengunjungi....masaklah........raikan.....

Kak Aya said...

aikk Puan Zai, macam ada yang tak kena je, lepas makan terus blah..biasanya bukan main lama lepak kat bawah pokok rambutan tu.