Wednesday, March 23, 2011

Takut si kakak...

Salam hari rabu...

Pagi tadi masa nak kejut kan si kakak, bukan main liatnya nak bangun. Siap tutup-tutup muka dengan bantal. Jam dah menunjukan ke angka 6.

Kakak cuma ada masa 30 minit untuk bersiap ke sekolah sebelum bergerak berjalan kaki ke jalan besar untuk menunggu bas sekolah tiba.

"Ai kakak pesal tak moh bangun nie, sekolah lah" Kata ibu (dah menyirap nie kalau time kejut je si anak moody, ibu memang tak suka).

"Kita tak nak sekolah!" Jawap kakak separa jerit.
"Laa apa pasal pulak???" Soal ibu (aiii nie nak jerit jugak nie tapi sabarrrrr).

"Nanti kita kena denda sebab kita tak ada buku peraturan sekolah..." Jawap kakak sambil mata pejam tak moh buka.

"Mana ada buku peraturan sekolah kakak, yang ada pun kertas biasa dua keping tu" Jelas ibu.

Rupanya mak puan zai baru bagi tahu bahawasanya anak perempuan ku itu pada belah petang semalam, siang-siang si kakak dah informed nenek yang kakak tak moh sekolah hari ini sebab kakak tiada buku peraturan sekolah.

Sesiapa yang hadir pagi ini datang tanpa buku tersebut akan di denda.
Hmmm patut lahhhh kakak takut nak gi sekolah. Tahun ini kakak darjah 3. Setahu ibu mana ada buku peraturan kecuali kertas yang di beri sekolah semasa hari pertama masuk darjah satu dulu. Nak ikut kan itu bukan buku. Dah tiga tahun beb sekolah kat sini alahaiiii... biar betul cikgu nak buku pula... mana nak carikkk weiii... walaweiii bikin anak puan zai tak moh ke sekolah lah... Nak-nak kakak kata cikgu garang dan akan denda.

Nak tak nak kena lah pujuk kakak gi sekolah. Dah la baru dapat baju sukan semalam, hari ini 1st time pakai baju sukan yang baru. Ini aje lah yang bole puan zai bagi semangat untuk dia ke sekolah dengan cara memujuk yang kakak akan memakai baju sukan.

Jika ada pendidikan seni pada hari rabu, sepanjang hari akan pakai baju sukan tanpa bawa baju sekolah.
Masa nak anta kakak ke bas sekolah, ada juga anak jiran sebelah yang tak sekolah.

"Kenapa anak tak sekolah?" Datang satu soalan untuk mak kepada budak yang tak sekolah tu.

"Aiii tak nak sekolah takut kena denda sebab buku peraturan sekolah takdeeeee......." Alahai kesiannya budak-budak kena phyco macam sampai takut nak ke sekolah.

Satu ciuman ibu diberi pada kakak sebab kakak masih nak ke sekolah pagi ini walaupun terang-terangan yang nampaknya kakak juga takut-takut. Tak apa kakak bawa je kertas tu tunjuk kat sekolah. Kalau ada lah dijual beli je ibu kasi duit.

Macam-macam hal pasal denda dah tak moh sekolah, kakak oh kakak...

OK le nie je untuk malam nie, nak tido dah sebab letih dengan keje-keje kat opis dan biol kapla sebab asyik dok bergayut call orang sana call orang sini. Lagi rasa biol bila kita kena call HP no lagi lahhh...

Beli saguhati utk anak yg suka satay.








Pekena ABC special sblm balik umah.










Wassalam dan selamat berehat.
Puan Zai...

3 comments:

zul permatang badak said...

Teruk juga....mengatur anak untuk kesekolah...kalau tak dikerah,tentu lewat kesekolah.....

Kalau anak dah besar senang...tinggal diasrama....dia urus sendiri.......

Begitulah ruitin hidup......semoga berbahagia.......

Kak Aya said...

sama je Zahirah dengan Nadhirah tu,, kalau sikit je tak kena, mulalah takut nak ke sekolah...

Jendela Hati said...

itu lah ragam anak-anak bersekolah en zul... kena byk sabarrr...

betul tu kak aya, kalu ada yang buat dia takut, mcm tu lah jadinye...