1... 2... 3... lompat lagi... |
Wah bukan kemain lagi tajuk sukan hari ini.
Mari kita bersukan.
Tapi bukan sukan untuk ibu tapi untuk sukan anak-anak ibu.
Kisahnya dah masuk bulan march baru dapat baju sukan yang baru dari pihak sekolah.
Setelah soh keduanya test power pada baju sukan baru nie, hmmm dua-dua saiz tak sekatalah...huhu...
Tengok pada seluar sukan kakak saiz tak cukup besar.
Singkat jer.
Baju sukan kakak pun macam kecik.
Dah le tahun nie baju sukan tak de kolar.
Kalau nak tahu kakak nie sejak kecil tak boleh cari baju atau seluar kecik.
Cepat tinggi.
Tak lama lepas tu mula la seluar jadi singkat.
Baru pakai beberapa kali dah singkat.
Tengok pada size baju dan seluar sukan kakak ini ntah berapa bulan lah kakak boleh pakai agaknye.
Tang baju sukan adik pula semua gelak tgk adik sebab adik nie orangnya saiz kecik.
Alahai berat adik pun cuma 14.7kg di usia 5 tahun.
Baju sukan adik mengeleboh benar.
Maklumlah baju sukan size M. Size S takde.
Sibuk lah mulut adik berkata-kata soh ibu oter seluar sukan bagi pendek.
Time-time nie jugak adik nak pi cari gunting nak gunting seluar sukan tu dan soh ibu jahit.
Nak jahit camner dik seluar sukan adik ada getah kat bahagian bawah.
Hmmm macam-macam...
OK lah kisah anak-anak dan sukan kat umah malam nie.
Jumpa esok.
ps - pada sapa-sapa yang tak tau nak makan ape esok, meh le intai sini kejap. Nak tayang kejap naaa...
Roti canai banjir tuk bfast |
Mee kari & sirap tuk lunch |
Buah potong tuk dinner |
Wassalam.
Puan zai...
3 comments:
ibu pun kena bersukan jugak tau!
ibu ngn anak sama sporting,,hheeh,,salam akak yg spoting,,esok nk mkn pe,,masak la nasi kerabu,,hehh
Hehehe ye lah kak aya bersukan kat opis bila anto document aje...
Hehehe besok punye menu mlm2 dah piker dah nak makan apa. sy tau mkn nasi kerabu buat nya idak pandai le hehe..
Post a Comment