NKB: Novel Ku Baca
Akhir Sebuah Cinta
[Karya: Siti Nur Dhuha]
Apalagi yang ada pada diri seorang wanita itu melainkan maruah dan harga diri. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa-apa lagi. Dia hanya mempunyai jasad yang bernyawa tanpa apa-apa harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dengan apa yang berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.
"Hai, baru sekarang nak balik. Keluar dengan lelaki, lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai uztazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? Atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam-diam ubi berisi." Tengku Khuzairi tiba-tiba berkata.
Dia... lelaki yang disyaki membunuh. Dia... lelaki yang banyak menyakitkan hati aku. Dia... lelaki yang pernah menengking aku. Dia... lelaki yang sering membuat aku menangis. Dan dia... banyak melukakan hati aku. Dengan tiba-tiba air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi... kenapa kau perlu datang dalam hidup aku.
Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorang gadis kampung, yang tak ada apa-apa. Kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abang aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu ke tengok abang aku ke sisih dengan saudara mara aku.
Komen Berita Harian:
"Pembaca pasti tercuit degan gelagat Mimi Atia yang menjaga maruah diri sebagai wanita Islam, tidak suka bergambar, tidak suka bersolek tebal, tetapi mula berasa mual apabila hawa dingin kereta yang dinaiki dipasang"
"Pengarang begitu kreatif melahirkan watak Mimi Atia atas beberapa sebab yang juga melucukan, berkesudahan dengan gadis itu 'didenda' bertugas sebagai Pembantu Peribadi Tengku Ezairy sehingga majikannya akhirnya 'terperangkap' dengan keperibadian Mimi Atia"
Novel ini pasti menjanjikan kesudahan dan kepuasan kepada anda! ~ Berita Harian.
Komen JH:
Seronok juga novel ini...
Satu watak yang boleh kata ada kelainan dari watak-watak dalam novel lain. Pembaca juga menyukai kedua-dua watak adik-beradik Tengku Ezairy dan Tengku Khuzairi walaupun ada kalanya mual dengan sikap Khuzairi yang bermulut celupar itu. Lebih celupar dari ayat-ayat yang tertulis di sinopsis belakang novel ini. Terlalu menghina gadis kampung dan gadis yang telah di aniaya.
Dalam pada itu pembaca rasa watak Mimi Atia perlu di halusi di permulaan pembacaan bagi semua pembaca mengenalinya. Pembaca berpuas hati bila watak Mimi ini bangun mempertahankan diri di akhir cerita.
Mulanya pembaca fikir yang ini mungkin novel misteri bila sinopsisnya ada menyatakan watak utama sebagai pembunuh dan seorang buruan polis. Tetapi kisah pembunuhan ini iaitu watak utama di tuduh membunuh bapa sendiri cuma sedikit sahaja.
Pembaca cuma dapat tahu siapa pembunuh sebenar di muka surat-mukasurat yang terakhir. Yang lain semua menyentuh kisah hati dan perasaan Mimi Atia itu sendiri dan kedua-dua Tengku tersebut yang menyukai gadis yang sama. Jadi, ini memang novel cinta dan bukannya novel suspen atau misteri.
Sekian, semoga penulis akan lebih maju jaya di dalam bidang penulisan. (Novel RM 19.90]
Next Novel: Pencuri Cinta... karya Aini Effariza...
Puan Zai @ JH...
2 comments:
dah lama me x baca novel gituu.. uhhuuu
singgah & follow...salam kenal
Post a Comment