Sunday, June 17, 2012

Balik Kampung...


As-salam...

Alhamdulillah.... hujan pun turun pagi tadi... kira lebat jugak lah walaupun sekejap... dah dua hari dah jerebu teruk melanda... dengan turunnya hujan ini dapat mengurangkan jerebu.

Alkisah semalam last minute abah puan zai ajak balik kampung. Katanya nak beli jagung untuk ayam makan dan nak beli gunting rambutan.

Singgah dahulu di pekan Mantin untuk lunch.

Sampai je sini sebenarnya lauk ada saki baki je.
Yelah dah masuk waktu awal petang, tentu lauk pun tak banyak.
Istimewanya di sini lauk pauk kampung ada tau.
Pelbagai jenis gulai ikan seperti keli serta daging.
Sambal tumis dia pun best.
Dahaga wooo.
Cuaca panas walau tak de matahari.
Kat Pekan Lenggeng nie, abah dan mak singgah kedai beli apa yang dihajati.
Dah jalan-jalan dan pusing-pusing, abah ajak ngeteh.
Masa ini imbauan nostalgia seorang atuk kepada cucunya.

Abah dok tengah bercerita dengan kakak dan adik.
"Atuk dulu-dulu kan balik sekolah yo terus singgah minum sini. Kalau dulu belanja sekolah 5sen yo. Sekolah atuk jauh kena jalan kaki. Kalau ado 15sen kek kedai nie buleh lah dapat mee kari dengan semangkuk sirap"
Air teh abah.
Kitaorang lak order barli sejuk dan barli suam untuk adik.
Abah makan roti bakar share dengan kakak.
Kakak kata sedap.
Abah kata "Kek sini teh eh sodap"
Mak dan puan zai makan mee kari.
Kueh cakoi pun ada.
Sampai rumah nenek tak makan dah sebab kenyang.
Petang tu abah kopek durian, makan reramai.
Mak puan zai emang suka sesangat la durian.
Puan zai pun suka, tapi tak amek banyak.
Aritu dok teringin nak makan, semalam dapat lah makan puas-puas.
Adik pun memang suka durian.
Pantang ada durian adik mesti nak.
Lepas makan 3 ulas, puan zai soh adik stop.
Anak dara sorang nie memang bukan pengemar durian.
Kakak sama lah dengan apak.
Apak kalau makan durian esoknya mesti demam huhu.

Bila tanya kenapa tak makan, kakak jawap "Tak suka"
Abah puan zai dan adik suka agah-agah kakak dengan suakan durian ke kakak, kakak jerit tak nak lah busuk lah.

Sebelum balik ke kl, singgah pasar malam kat pekan Lenggeng dulu.
Tak banyak gerai pun.
Yang ada gerai jual air, jual lemang & rendang dan gerai ayam grg & fishball tu. 

 Sampai rumah, pakat-pakat kopek durian lagi.
Sambil makan sambil asing-asingkan untuk buat bubur esok.
Ada yang dah masam sikit tu boleh buat tempoyak.

Dah selesai kerja, apa lagi terus masuk tidur.
Letih uolsss berjalan seharian....

OK lah, cerita stop kat sini dulu. Tadi dah masak nasi dan sambal sotong. Nak santap dengan famili jap. Tata...

Sekian.

Puan Zai @ JH...





6 comments:

Azrey Rozie Eiman said...

memang sengaja je kan asyik letak entry durian...

MulutPayau said...

fuhhhhh durian lagi....memang jelesss betul...!!!!akak kena cari jugak durian ni..mmng tak tahan asyik tengok jer....

Madam iEeDaZ said...

aduhai..dapat tgk kulit durian je ni..adehhh...nk durian jgk! hehe :)

Unknown said...

wah..durian..my peberet tu kak...kt sini blom musim lg..huhu..jeles nengok...
makanan..yummy..sgt2 menyelerakan..buat perut ini rs tergoda

lelamaisara said...

wah...durian...kegemaran suami ni...sesorang die bedal durian pon jadik die..heeheee..

Azian Elias said...

allahhh..sedapnya doryann...
mengidam kejap.