Thursday, June 14, 2012

Aduh...

As-salam...

Ini perbualan pendek petang tadi di rumah:

Kakak: Ibu kenapa? Pening ker?

Ibu: Haah... (sambil picit-picit dahi dan kening bagi lega)

Hmmm... kenapa pening puan zai?

Entah lah tiba-tiba rasa sentap bila kenangkan peel kawan kat opis petang tadi.  Bukan satu department pun, lain-lain department (kengkawan kat department sendiri ok-ok jer termasuk la boss apatah lagi bigboss ye... lagipun department puan zai ada 3 ketul je huhu).

Memang betul lah kawan tu ada pelbagai jenis kawan. Tak kira dalam opis ke, kat luar ke, kat rumah ke, semua jenis dan peel sama je. Ada kawan makan kawan, ada tu... depan ya rabbi manis je muka tapi bila belakang kita tuhan sahaja la yang tahu.

Selama beberapa tahun berkerja nie, ada pelbagai jenis kawan yang puan zai dah kenal. Kawan satu department ke atau kawan lain-lain department, semua dah tahu dan nampak peel masing-masing.

Yang buat puan zai tiba-tiba pening tu seseorang yang suka cakap belakang. Cakap belakang satu hal ada pula tu suka melaga-lagakan sesama sendiri. Tak paham kan?

Sebenarnya dalam bab nie, puan zai jenis yang lebih memilih untuk masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Malas nak piker dan malas nak melibatkan diri terus-terusan dalam hal kawan ngata kawan nie. Biasa lah kalau kita ramai kawan nie boleh pilih kawan mana yang terbaek (Perrghhh ayatttt...).

Masalahnya sekarang kadang tu tak tau apa yang seseorang nie nak dalam hidup dia bila dia suka ngata kawan, suka tikam kawan, suka laga-laga kawan, suka bermuka-muka dan yang seumpama dengannya. Bosan kan...

Apa yang puan zai tahu, ko jangan kacau keje aku sebab aku tak penah kacau keje ko. Ko buat keje ko tu ko jangan nak suka-suka kacau keje orang.

Cet, nak lupakan perkara ni tapi masih dok terpiker-piker sampai ke rumah sehingga lah kakak menyoal ibu seperti ayat di atas tadi.

Tapi lepas tengok je pulasan 4 kilo ini di atas penimbang terus sejuk hati.


Sekian.

Terima kasih kerana sudi baca luahan perasaan yang tersentap nie. Kalau tak baca pun terima kasih juga la sebab sudi tengok gambar nie huhu... Tata...

p.s-waktu pakcik sebelah rumah datang berbual dengan abah, dia bertanya kat abah nak tengok logo Zurich sebab katanya MAA dah tukar ke Zurich... hehe kelas gitu, sibuk orang bertanya...














Nie ler logo company puan zai... huh gemuksnya ku ini...huhu


Puan Zai @ JH...





3 comments:

Kak Aya said...

sabar ye puan zai....ini semua lumrah kehidupan...kalau jumpa kawan yang jenis pisau bermata dua macam ni, baik jangan terlalu rapat, berpada-pada je.

Azrey Rozie Eiman said...

aik. "MAA dh tukar ke Zurich" pun perangai x tuko2 lagi :p

Jendela Hati said...

kakaya: saba le nie kakaya... wat dek jek la

azrey rozie eiman: company je tuka nama rozie ui, attitude depa still sama...