Wednesday, February 22, 2012

Terjatuh Dari Bilik Air, Yahya Sulong Dimasukkan Ke ICU

Balik keje tengok MStar online je baca berita tentang cerita terkini Datuk Yahya Sulong. Terus panggil mak dan abah puan zai yang sedang bersantai menonton TV. Mereka pun terkejut mendengar berita yang Datuk Yahya tergelincir di bilik air.


Mak dan abah ada cerita yang mereka pernah suatu ketika dahulu semasa abah nak mendapatkan rawatan penyakit asma, abah dan mak ada terserempak dengan Datuk yang tidak sihat tu di hospital. Lama dah cerita tu.


Jom, kita baca kisah selanjutnya tentang Datuk Yahya....


 Gambar fail pada dua tahun lalu ini menunjukkan Yahya menerima lawatan Freddie (dua dari kiri) yang menziarahinya di sebuah hospital akibat penyakit asma. Kanan sekali ialah isteri Yahya, Alisah Ali.
KUALA LUMPUR: Pelakon Datuk Yahya Sulong,84, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang di sini selepas terjatuh daripada bilik air Isnin lalu.
Isterinya Datin Alisah Ali,65, berkata, kejadian tersebut berlaku ketika Yahya hendak buang air besar di bilik air rumah mereka di Bandar Baru Sentul dekat sini tetapi atas sebab-sebab keuzuran, Yahya dipercayai telah tergelincir.
“Kira-kira 10 minit saya dapati dia senyap saja dalam bilik air, saya pun buka pintu. Saya lihat dia terjatuh dalam keadaan berlumuran najis. Saya pun minta bantuan anak saya untuk panggil ambulan,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Hospital Ampang di sini, Rabu.
Menurut Alisah, Yahya pada mulanya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa di pindahkan ke Hospital Ampang.
Katanya, Yahya sering keluar masuk hospital sebelum ini untuk mendapatkan rawatan penyakit asma dan paru-paru yang dijangkiti kuman tetapi dalam kejadian yang berlaku dua hari lalu itu, keadaannya agak serius.
Ujarnya, pihak hospital belum dapat mengesahkan punca sebenar yang membawa kepada kejadian suaminya jatuh itu kerana rawatan ke atas beliau sedang dilakukan.

Alisah Ali (tengah) menerima sumbangan daripada persatuan artis dan pertubuhan politik bagi pihak Yahya Sulong sambil disaksikan oleh para artis di Hospital Ampang, Rabu.
Tambah beliau, Yahya masih tidak sedarkan diri tetapi setakat ini beliau dimaklumkan suaminya berada dalam keadaan stabil.
Sementara itu tiga persatuan dan pertubuhan pada Rabu berbesar hati menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban Yahya yang hilang sumber pendapatan kerana tidak lagi mampu berlakon.
Sumbangan bagi pihak artis disampaikan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan juga Pemangku Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi.
Turut memberi sumbangan ialah Pengerusi Biro Kebudayaan & Kesenian, Pemuda Umno Malaysia iaitu Jamawi Jaafar.
Alisah berkata, beliau bersyukur dengan sumbangan tersebut kerana ia dapat meringankan beban yang ditanggungnya selama ini.
Beliau sebenarnya malu untuk menerima sumbangan kerana bimbang dianggap gemar meminta-minta tetapi disebabkan faktor kesempitan hidup, beliau tiada pilihan lain.
“Saya tak pernah nak minta sumbangan. Tetapi kalau dah ada orang bagi, saya ambillah. Saya mengucapkan terima kasih kepada orang yang sudi membantu saya,” katanya sedih.
Puan Zai @ JH....

3 comments:

Deru Ombak said...

Salam Zai..
Akak jarang mengikuti perkembangan artis...

Dah 84 rupanya Yahya Sulung.. Moga beliau segera
sembuh. InsyaAllah ..

aliza said...

akak ada terbaca juga kisah artis veteran ni, semoga beliau sembuh seperti sedia kala,.. kekadang kesian tengok artis bila usia tua, kurang diminati, sumber kewangan pun terjejas...

Jendela Hati said...

deru ombak: salam kakya...

kalu artis veteran atau artis 60an, mesti bgtau mak hehe

aimaniman: tu lah nasib ada segelincir mereka yg dpt membantu.

thx folow sini, sy dh folow aimaniman. salam kenal....