Sunday, February 12, 2012

Tahniah Najib! Part 2

Tahniah sekali lagi buat Mohd Najib Abdul Kadir dan pasangannya iaitu Norazrin yang selamat bernikah pada pagi tadi.

Setelah acara akad nikah di langsungkan, semua kedua-dua belah ahli keluarga pengantin bergerak ke dewan Masjid Al-Akram Datuk Keramat untuk acara makan-makan.

Makanan memang best, memang tip top... sedap beriani dia. Caterer dia emang dari ibu dan bapa pengantin perempuan yang memang mengusahakan perniagaan catering nie.

Dewan pun selesa. Siap ada pelamin lagi untuk acara bergambar. Dewan besar dan selesa siap dengan penghawa dingin serta satu canopy di bahagian luar.

Tang best tu emang la time makan beradap. Dapat juga merasa lauk pengantin hehehe...

Eh jom la kita jenguk-jenguk kejap...


 Makan beradap.

 Pak lang dan mak lang yakni ibubapa pengantin lelaki bersama mak dan adik lelaki puan zai makan beradap.

 Tapi puan zai yang dok meja depan pun kenyang dapat merasa lauk-lauk pengantin yang best-best. haha...

 Pelamin yang simple dan dewan yang selesa.

 Aik anak dara nie pun sibuk nak bergambar.

 Lauk pauk yang best.
Ada nasi beriani, ayam merah, dalca, kari kambing, arca buah, ulam dan sambal belacan.
Untuk nasi puteh ada gulai siput sedut.
Air pun best, sejukkk... sedap je tekak time cuaca bahang nie... air siren...(sirap+oren).
Kueh mueh seperti kueh seri muka, koci, kerepek, bubur kacang ijau dan 3 jenis kek serta buah-buah.

 Ole-ole untuk tetamu...
1st time puan zai dapat arca buah dalam botol kaca yang kecil yang cantek.
Kanak-kanak pula dapat gula-gula.

 Nyum-nyum... nasi beriani makan dgn papadom.

 Kakak mulut penuh dengan nasi.

 Adik makan nasi sikit sebab adik tadi dah 'usya' bubur kacang ijau yang telah menjadi peberet adik bila makan kenduri.

 Masa nie tengah menunggu pengantin tukar pakaian.
Tiada acara kompang.
Cuma ada acara bergambar dan makan beradap serta lagu-laguan dari speaker karok.

 Yang ini kami dah 'usya' dah... udang oh udang.

Selesai sudah acara pada pagi ini...
Baliking time...

Nanti pada 25hb februari akan di adakan juga acara nikah adik perempuan Ajieb dan acara bertandang sebelah keluarga isteri Ajieb. Kira majlis itu nanti akan di satukan sekali. Akan sibuk lah kami sekeluarga di Keramat.

Akhir kata semoga pengantin berbahagia hingga akhir hayat dari puan zai dan keluarga. Amin...

p.s ada makcik puan zai sponsor kain ela untuk semua ahli keluarga perempuan untuk buat baju kurung pada 25hb. puan zai dah anto dah kat tukang jahit. tema kaler baju aritu adalah kuning emas. untuk kaum lelaki tak kisah lah baju apa asal kaler yang sama.

Puan Zai @ JH...




3 comments:

MulutPayau said...

pelamin tu simple...tapi cantik..
Tahniah dan selamat pengantin baru utk pasangan pengantin...

Deru Ombak said...

Salam...
Kakya suka mkn nasi kenduri.
:)

Jendela Hati said...

mulut payau: pelamin mmg simple kak tak 'heavy' sgt

deru ombak: sama la sy kakya, sy pun suka mkn kenduri..selere je...hehe