Friday, February 24, 2012

Tahniah Lydia!

Hari ini mak dan abah puan zai dah gi dahulu ke rumah atuk di Kg Dato Keramat sempena pernikahan adik saudara puan zai iaitu Lydia.

Dari opis puan zai terus gerak ke rumah atuk. Setibanya puan zai di rumah atuk jam 6.30pm tadi dah masuk time makan-makan. Alhamdulillah majlis pernikahan dah selamat di jalankan sebelum itu.

Esok pula kenduri besar sebelah keluarga kami. Esok pagi-pagi nak kena gerak ke rumah atuk untuk bantu apa yang patut.

InsyaAllah rombongan kami iaitu pihak keluarga pengantin perempuan akan bertandang ke Sabah bulan March.

Makcik-makcik dan pakcik-pakcik ada yang akan ke sana kecuali famili puan zai je yang tak dapat menyertai rombongan ke sana.

Esok bukan sahaja majlis untuk Lydia tetapi juga untuk abang Lydia iaitu Najib telah bernikah pada dua minggu lepas. Jadi, majlis 2 in 1 lah termasuk majlis menyambut menantu.

Tapi kannn sssori le... nak tayang pic tapi pic tak cantek... mencik laa...

 Pengantin perempuan dan puan zai.

 Hantaran dari pihak pengantin lelaki dan pihak perempuan.

Kakak nak tumpang sekaki nak ber-pic jugak.

 Kakak mengadu yang adik satu hari dok main games aje kat bilik onyang yakni atuk puan zai.

 Paling depan sebelah kiri mak dan abah puan zai.
Berdiri dan duduk sebelah pengantin sepupu-sepupu puan zai.

 Mak puan zai dan pengantin ber-pic dengan hantaran.

 Mak puan zai dan atuk.

 Semua di atas adik beradik mak.
Duduk di atas ialah mak lang yakni mak kepada pengantin perempuan.
Duduk sebelah kanan ialah makteh.
Yang tiada dalam pic ialah makngah (balik rumah kejap nak beli barang) dan pak su yang belum balik dari outstation.

 Ber-pic beramai-ramai.

 Hantaran 7 dulang berbalas 9 dulang dari pihak perempuan.

 Simple tapi menarik.
Hantaran dan pelamin buat sesama sendiri aje.
Pelamin hanya untuk ber-pic sekeluarga.

Relax dan borak time.
Duduk bersantai sambil dok belek-belek dulang hantaran.

Jam 9 malam start enjin kereta terus balik ke rumah.
Bagi mengelakkan jem nak balik ke rumah, kami ikut DUKE jalan terus je takde jalan jem huhu...

OK, esok kita sambung kenduri besar pulak ye.

Tata... to be continue...

p.s-Tahniah kepada Nurul Lydia dan suami...

Puan zai @ JH...


2 comments:

Kak Aya said...

akad nikah hari kerja ye?

Jendela Hati said...

kak aya: tok kadi tiba2 ada hal hari sabtu tu yg nikah jumaat... katanya...