Saturday, February 25, 2012

Selamat pengantin baru...

Selamat pengantin baru kepada Najib dan isteri serta Lydia dan suami. Meriah sungguh majlis hari ini. Pengantin ialah anak-anak mak lang puan zai kat Kg Dato Keramat.

Ramai tetamu yang hadir dari jam 11.30 pagi hingga jam 7 malam walau pun majlis menjamu selera sehingga jam 4 petang. Sebanyak 6 buah kanopi telah di pasang untuk meraikan tetamu yang datang.

Meja dan kerusi dah siap di kemas oleh caterer jadi tetamu yang hadir selepas majlis di bawa masuk makan di dalam rumah.

Meriah sungguh majlis hari ini yang di hadiri oleh semua saudara mara dan semua rakan-rakan pak lang dan mak lang serta keluarga dan rakan-rakan keempat-empat pengantin.


 Ketibaan pengantin.

 Terus ke meja makan beradap.

Bersedia untuk menjamu selera.

 Tapi sebelum itu, atuk saudara puan zai membaca doa...

 ...Semoga pernikahan mereka akan berkekalan.

 ...dan berbahagia hingga hujung nyawa.

 Acara makan telah bermula.

 Acara potong kek.

 Sedap kek nie tau..
I likeee...

 Meja makan beradap yang simple - buat ramai-ramai.
Pelamin pun sama.

 Lauk-pauk yang memuaskan hati kebanyakan tetamu.
Alhamdulillah...
Siap ada yang ambil contact number caterer sebab lauk yang sedap belaka.

 Kakak...

 Adik...

 Lauk yang puan zai ambil...
nasi tomato, dalca daging (pergh ada lemak ia tau best2..),ayam merah, pajeri nenes, arca buah.
Kueh mueh banyak ada yang sendiri buat ada yang saudara mara sedekah.
Ada bubur kacang hijau, tepung pelita, cheese tart, kek coklat, karipap dan lain-lain.
Buah oren dan air anggur.

 Ini abah dan mak puan zai.

 Pengantin bergambar dengan atuk puan zai.


Ini cuma sebahagian yang bergambar. Kalau tak, mau penuh pelamin nie hehe...

Syukur semua dah selesai. Alhamdulillah. Walau dalam gembira ada juga yang bersedih. Kegembiraan kami bersederhana bila mengenangkan arwah anak sulung mak lang telah pergi mengadap Illahi dua minggu lepas. Menangis jua lah diri ini bila melihat mak lang yang tiba-tiba mengalirkan airmata...

Sekian...

p.s- to be continue.

Puan Zai @ JH....


3 comments:

zul permatang badak said...

seronok tengok lauk2 tu....bagai...

lynda salim said...

wahh . double prince and double princess. sama cantik, sama padan .

*semoga pasangan ini diberkatinya-Nya..amin

Jendela Hati said...

zul pb: kalu sedap lg puas ati kan

lynda salim: amin... moga2...thx singgah sini