Sunday, February 26, 2012

Salam pagi minggu..

Hari ini adik perempuan puan zai dan famili tido kat rumah. Selepas selesai majlis kahwin anak mak lang puan zai kat Keramat semalam, mereka terus singgah kat rumah sebelum pulang ke Rinching jam 11 pagi ini.

Sarapan semua beli kat kedai. Ada nasi lemak, milo panas dan magi goreng serta kueh mueh. Ada lauk-pauk pengantin semalam yang di tapau pulang pun masih ada berbaki.

Paling riuh cucu-cucu abah yang empat orang itu. Kalau hari-hari biasa pun dah riuh dengan dua orang anak puan zai, kali ini bertambah riuh dengan kehadiran dua orang anak adik puan zai nie....

 Berposing dulu ye.
Adik perempuan puan zai sambil berkata "Ibu long korang sejak ada blog asik nak bergambar aje"
Hehehe sudah semestinya...

 Ini budak, orang semua dah siap mandi dan nak breakfast dia baru nak mandi.

 Adik dan Haqimie.

Kakak dan Aleeya.

Empat orang cucu-cucu abah dan mak.

 Berselera makan.
Aleeya makan nasi lemak dan magi goreng.

 Adik makan nasi lemak tanpa sambal manakala Qimie makan magi goreng.

Bila dah kenyang, masing-masing pakat main kat hall depan rumah.

Hari ini nak keluar jap bawa anak-anak ke Tesco Menjalara Kepong. Nak cari barang dapur. Banyak barang dah abes. Anda semua ke mana hari minggu nie? Selamat beristirehat bersama keluarga ye.

Sekian.

Puan Zai @ JH...




5 comments:

Yumida said...

sedapnyer makanan tu...sure meriah time ni

follower ke 74

Deru Ombak said...

Salam petang minggu Zai ...

Azrey Rozie Eiman said...

seronok bila org dtg stay rumah kite :)

MulutPayau said...

fuhhh...seronok betul anak2 Pn. zai bila dapat kumpul macm tu....

Jendela Hati said...

yumida: thx jf folower ke 74 sy. sy dh jd folower anda yg ke 574.. jauh beza tu hehe..salam kenal..

deru ombak: salam malam selasa kak ya (lmbt reply sy nie huhu)

azrey rozie eiman:riuh rendah jdinya

mulutpayau: seronok bdk2 nie dpt main dpt gaduh dpt manja2..