Sunday, February 5, 2012

RL6: Kodan Tersingkir Di Minggu Bertemakan Cinta

Satu-satunya perserta solo telah tersingkir... susah tau kalau nak jadi peserta solo nie... idea kena kuat kena mantop...

Macam bang bil jugak yang kena bersedia dan sentiasa lahirkan idea yang bernas untuk persembahan (eh nak jugak sebut nama Nabil ek, eh mesti lah kalau dah minat walau dia tak de kat RL 6 nie hehehe).

Kodan nie ok jugak lawakz dia cuma dia takde rezeki untuk duduk lama di RL6...

Jom belek kejap di Murai.com...



KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI 2012: Tema cinta yang dibawakan untuk minggu keempat Raja Lawak 6 (RL6) tidak dapat memberi kelebihan buat Kodan apabila dia diumumkan sebagai peserta yang tersingkir sebentar tadi.

Bersiaran dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, Gelanggang Raja Lawak 6 minggu keempat ini memerlukan setiap peserta membawakan tema percintaan ke atas pentas dan persembahan Kodan gagal memikat barisan juri, audiens dan pengundi sehingga dia menerima undian terendah pada minggu ini.

Kodan sebelum ini dikenali kerana pernah menyertai pelbagai program realiti lain sebagai penyanyi, pelakon serta pengacara dan penyertaannya sebagai pelawak di RL6 adalah satu percubaan untuk dirinya mencapai impian bergelar penghibur.

Kodan adalah peserta dibawah tunjuk ajar Cif Kecil Tauke dan selain Kodan, dua lagi peserta yang mendapat undian terendah ialah kumpulan Selak dan kumpulan 2Yol. Pengumuman penyingkiran Kodan diumumkan oleh salah seorang juri tetap, Sathiya.

Raja Lawak 6 terus dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Sheila Rusly, David Teo serta Sathiya sendiri. Ia turut dipancarkan secara langsung ke Astro Warna (saluran 132).

Istimewanya Gelanggang Raja Lawak minggu ini ialah penampilan isitimewa pemenang Anugerah Juara Lagu 26, Hafiz yang tampil untuk mempromosikan drama lakonannya bersama Johan iaitu Elly & Epit.

Dengan penyingkiran Kodan, maka tinggal 9 lagi peserta bakal meneruskan lagi cabaran Raja Lawak 6 di minggu hadapan.

Profil Kodan
Nama Samaran :Kodan
Nama Sebenar : Mohd Shahdan Bin Salleh
Asal :Klang, Selangor
Umur :27 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, mengacara,bermain percussion
Kerjaya :Event Management
Harapan untuk Raja Lawak 6: Menjadi juara sekaligus mewarnakan lagi industri hiburan tanah air.

Puan Zai @ JH...

2 comments:

Deru Ombak said...

Follower tegar RL sungguh ye Zai...

Jendela Hati said...

deru ombak: kakya, suka yg program kelakar... pastu drama pun yg lawak, drama berat2 sedih2 tak suka sgt huhu