Setelah Kau Pergi
[Karya: Rozita Abd Wahab]
Credit untuk lukisan cantek cover novel Setelah Kau Pergi.
Salah satu puan zai nak baca novel ini sebab cover ia...
ATHIRAH
Tergamaknya aku merampas kebahagiaan kalian setalah aku kau berikan perlindungan.
Dan sebelum aku menjadi manusia yang lebih kejam, aku serahkan zuriatku ini padamu agar kau dapat merasai betapa nikmatnya menjadi seorang ibu.
Juga aku kembalikan suami yang aku sayangi ini buatmu.
Kerana aku sudah mula dapat merasakan betapa tamaknya aku dengan kasih sayangnya.
HISYAM
Aku mencintaimu, menyayangimu dengan sepenuh hatiku.
Segala-galanya berlaku tanpa sedar, bilamana gurau senda dan usikan mesra akhirnya berbungakan cinta.
Demi Tuhan, aku sesungguhnya tidak mampu membuang namamu dari hatiku.
Aku ingin milikimu walau dengan apa cara... kerana di hatiku ada cinta, ada kasih dan sayang mendalam.
Namun mengapa akhirnya kau pergi meninggalkan aku dan anak kita?
SYAKIR
Mengapa tidak pernah walau sekalipun kau berterung terang denganku tentang statusmu? Tentang hatimu yang telah pun dimili oleh insan yang bergelar suami.
Aku keliru... cemburu juga sudah tidak memberikan apa-apa makna buatku.
Athirah... aku tak mampu jalani hidup ini sendirian tanpamu.
Aku perlukan cintamu untuk terus hidup... untuk terus bernafas...
Komen JH:
Fuhhh baca aje kata-kata di belakang cover novel sudah buatkan pembaca tak sabar nak mula pembacaan. Tabik juga lah sebab apa di ringkaskan di halaman itu seperti cerita dalam novel ini...
Ianya mengisahkan Athirah yang pernah ingin diperkosa oleh ayah tirinya di kampung. Sudah lah begitu ayah tirinya itu sanggup pula menjual Athirah ke lelaki cina dengan bayaran RM3 ribu. Itu lah harga diri Athirah Pak Majid nak gadaikan ke lelaki itu.
Semasa penculikan Athirah, dia telah di selamat kan oleh seorang lelaki dan memaksa dia lari ke Kuala Lumpur. Di situ lah bermulanya kehidupan Athirah yang bermacam-macam warna.
Bertemu suami orang dan berkahwin. Menjadi isteri no 2 dan melarikan diri setelah melahirkan baby lelaki. Perasaan rindu pada mak dan adik yang mendalam dan kisah seorang lelaki yang bernama Syakir yang sering mendambakan cinta Athirah yang mana Syakir tidak tahu langsung bahawa Athirah ini ialah isteri orang dan bukan anak gadis.
Gerapan cerita yang menarik dalam tajuk nie... Tahniah buat penulis dari JH...
Next Novel: Gelak Tergolek... Wann Azlan...
p.s- Best tak novel gelak Tergolek nie?
Puan Zai @ JH....
6 comments:
Selamat membaca...
Arwah abah akak berpesan,, rajin2 lah membaca, setiap hari mesti membaca. Ia Akan membuatkan kita tidak jadi pelupa.
Bacalah juga al-Quran setiap hari.. Hati kamu nanti Akan bersinar...
Uwaaaaaaaa... Rindu Abah, rindu Mak..
dulu... 2 novel sehari leh habis... muncung mulut2 duk fokus baca
sekarang... 2tahun 1 novel.. hohho
kat rak tu bnayk yang dalam plastik lagi tak sempat baca... huhu
deru ombak: huahua tensentuh ati baca... alfatihah untuk mereka yg telah pergi
eeiyss: mak aiii 2 novel sehari...terer tu... sy susah nak abes kan novel dlm sehari..mesti lama..hehe
rajinnya membaca....
sekarang sya x rajin lagi bace novel..huhuuuuuuu
dah lupa kisah ni sb dah laaamaaa baca novel.
selamat berkongsi hobi membaca novel la kita, puan zai
aine ainun: novel antara terapi diri bila stress
kak aya: sy selalu kebelakang sbb lambat abes membaca...
Post a Comment