Sunday, February 19, 2012

Novel: Kau Untukku... Aisya Sofea



NKB: Novel Ku Baca...


Kau Untukku
[Karya: Aisya Sofea]


PERTAMA kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah berpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja.

Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Adakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka?

KAU UNTUKKU; indah, romantik dan membuai perasaan.

Komen JH:
Betul, betul, betul... novel ini memang indah, romantik yakni romantik sedarhana yang tidak keterlaluan dan sentiasa membuai perasaan pembaca.

Nak tau tak sampai hero dan heroin dia terbawa-bawa dalam mimpi. haha... dah abes baca pun masih ingat watak Fuad nie... nak baca dan baca lagi.. hehe

Novel ini terbitan tahun 2001 tetapi masih menarik pembaca untuk membacanya. Rahsia hati tak siapa yang tahu... begitu lah ayat Fuad pada Nurul...

Sekian...

Next Novel: Sentuhan Kasih... Norhayati Berahim...

Puan Zai @ JH

3 comments:

Aine Ainun said...

Novel fav saya ni tau....
Nangis2 baca ni...

Ntah kemana novelni..huhu

lelamaisara said...

dah lame sanagt tak bace novel...rindu plak..:)

Jendela Hati said...

aine ainun: best kan sampai terbawa dlm mimpi tau

lelamaisara: tgh ada mood membaca nie