Monday, February 13, 2012

Novel: Gelora Jiwa ~ Aisya Sofea


NKB: Novel Ku Baca...

Gelora Jiwa
[Karya: Aisya Sofea]


Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak di landa asmara.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka.

Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa di rampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumahtangga dengan lelaki pilihan keluarga.

Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu jga yang sentiasa mebayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang.

Jadi, bagaimana?

Di tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepnuh hati.

Tapi, siapa kah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat.

Komen JH:
Semasa menaip sinopsis di atas nie, pembaca masih teringat-ingat kisah di dalam novel ini. Sebagai pembawa watak utama, watak ini terus berdesup masuk dalam diri dan perasaan sendiri. Pembaca emang suka kisah ini dan masih suka dengan watak Hanif Ashman itu.

Kisah ini mengisahkan Intan yang telah di tunangkan dengan sepupu sendiri di atas wasiat arwah ayah Intan. Selama 6 tahun tunang Intan iaitu Hanif Azman tidak pernah bersua muka atau lebih tepat mengenali hatibudi Intan.

Intan jatuh hati pada Hanif Ashman pada hari pertama mereka bertemu dalam insiden di dalam bas. Masa itu Intan tidak mengetahui yang Ashman ialah abang kepada Azman, sepupu dia jua kerana Ashman telah menghilangkan diri selama 6 tahun daripada keluarga kerana salah faham keluarga yang ingat kan Ashman telah berkahwin.

Gelora jiwa yang dialami oleh Intan atau Zu ini semakin lama semakin bergelodak sebagaimana dia tidak mampu untuk melepaskan Ashman dan dalam masa yang sama akan menikahi tunangnya itu.

Sudah jodoh Intan dan Ashman akhirnya mereka bersatu jua di majlis yang sepatutnya diaturkan untuk Majlis Intan dan Azman itu dan seterusnya bahagia bersama anak angkat Ashman iaitu Alia yang mengidap penyakit club foot.

Tahniah buat penulis Aisya Sofea.

Next Novel: Seandainya... karya Rys Areesa...

Puan Zai @ JH...


4 comments:

Aine Ainun said...

Pnah bc ke tak ek?
Ohoho, x ingatla,
tp sy suka novel kau untukku aisya sofea, best sgt;)

tegar sungguh puan zai mbaca, gud;)

Totie@Tomy said...

mcm menarik jerk novelnya tajuknya pun best..kalau berkesempatan nak cari kat popular..tq share..

Deru Ombak said...

Salam Zai.
Kakya tengah baca Bagaikan Puteri, Ramlee Awang Murshid... :)

Jendela Hati said...

aine ainun: suka gak dgn aisya sofea.. novel dia bole buat sedu sedan...

totie@tomy: akak tak kisah totie novel lelama pun akak baca...

deru ombak: ye kakya... tentu best kan