Thursday, February 9, 2012

Mee Siput...

As-salam...

Empat hari cuti berturut-turut ramai yang balik ke kampung masing-masing. Tidak terkecuali kawan-kawan. Alang-alang ada yang balik ke Perak tu, puan zai pun kirim lah mee siput.

Selalunya kirim mee sanggul aje tetapi sejak seorang sahabat menghidangkan mee siput yang tersangat sedap setiap kali bertandang ke rumah dia, terus puan zai teringin nak makan... apa lagi berbungkus-bungkus la order.

Nak masak mee siput nie bahan-bahannya mesti lah ada seafood. Tetapi di sebabkan si kakak kelmarin mengalami alegik yang teruk maka puan zai letak ayam sedikit dan tauhu goreng dalam tu berserta sawi.

 Masing-masing dapat sepinggan mee siput.

 Tapi kan puan zai makan berpinggan-pinggan... hehe...

Resepi biasa aje... nak tunjuk pun segan tapi kalau style puan zai cengini lah... tetapi lebih sedap kalau kengkawan letak seafood dan banyak sayur-sayuran...

Bahan-bahan utama: 
Mee siput di celur dan di tos, kendian letak tepi sementara buat kuah...

4 keping tauhu yang di goreng dan potong dadu
Seikat sayur sawi
Sekeping dada ayam yang di potong kecil

1 inci halis di hiris halus
2 sudu tepung jagung di bancuh dengan air panas
2 biji telur dan di pukul (ambil telur puteh sahaja)

Air 1L
Minyak

Bahan di tumbuk halus:
2 labu kecil bawang merah
2 ulas bawang puteh

Cara-cara JH:
Tumis bahan yang telah di tumbuk dan halia. Bila naik bau masukkan ayam, kacau dan masukkan air. Setelah mendidih masukkan garam, kacau dan tepung jagung. Setelah itu masukkan pula tauhu dan sawi. Agak-agak mendidih baru masukkan telur puteh tadi dan kacau hingga masak. Hidang.

 Mesti ada cili potong. Kalau tak, tak syokkk...

 Mee siput yang telah di celur dan tos.

 Semangkuk besar kuah dah tinggal separuh.

Terima kasih kawan sebab 'meraikan' tekak puan zai nie hehehe...

p.s kalau sedap kan walaupun simple, konon lah sedap di tekak anak-anak tu kan, seronok je tengok mereka makan bertambah... walaupun kita tahu yang masakan kita bukan pun sedap sesangat macam orang lain yang pandai masak huhuukkk

PUaN ZAi @ jH....


11 comments:

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Puan Zai...

Waaa... Teringat masa kecik.. Mee siput ni tak dibungkus begini.. Sedap nye lah.. Arwah abah kakya suka kalau digoreng letak kucai, tahu goreng dengan taugeh. Rencahnya udang kering jek dedulu.

Zai buat ni macam mee ladna kan? Ye ke?

Aine Ainun said...

Mee siput ngan me sanggul x same ekk?

Jendela Hati said...

deru ombak: waalaikumusalam kakya...

sedap jugak kalau grg kan... kalau mee sanggul sy selalu wat goreng aje... hehe lebih kuang ladna la sy main campak2 aje...

aine ainun: mee sanggul lain sikit rupa dia nipis2 lebar2 sikit, kaler lg kuning...tp dua2 sy suka makan

dalila said...

first time dengar nama mee siput.. hhee... menu baru ni.. :)

Hello Hello said...

wachaaaaaaaaaaaaaa.

Totie@Tomy said...

fuyoo..sedap..salah satu makanan sihat ni..

MulutPayau said...

akak tak pernah makan mee siput....

Kak Aya said...

tak pernah makan mee siput tp rasa nak cuba la sekali.

Jendela Hati said...

dela: masa mula2 dpt rasa, pergh bertambah mkn tu

bloghok: pehal wachaaa dgn mee siput?

totie@tomy: bykkan sayur lg sihat

mulutpayau: mee siput n mee sanggul selalu sy order kat kwn je kak

kak aya: meh la dtg umah hehehe

shat mashuri said...

sedapnye.. tringin nk mkn... hehehe

Azrey Rozie Eiman said...

zai, kalau kat muar, mee sipout tu goreng & cicah ngan sambal