Monday, February 13, 2012

Kakak dan Persatuan Bulan Sabit Merah...



Tepat habis waktu pejabat jam 5.15 petang tadi, terus puan zai gerak ke Pertama Complex untuk ke kedai uniform.

Si kakak dah masuk tahap 2. Semua tahap 2 iaitu tahun 4 hingga tahun 6 kena menyertai ko-kurikulum yang di adakan selepas waktu sekolah setiap hari rabu jam 2 - 4 petang.

Puan zai ke Pertama untuk beli baju Bulan Sabit Merah pun puan zai main agak-agak saiz dia. Untuk baju saiz 38 ikut baju sukan kakak. Manakala seluar pun nak ambil 34 ikut seluar tracksuit tapi sebab kan seluar tak sama dengan tracksuit puan zai main agak-agak jugak saiz kakak. Last-last puan zai ambil seluar saiz 26....

Sampai aje rumah si kakak dah terlampau teruja nak try baju dan seluar... tak menyempat-nyempat. Tapi kena try juga kalu tak muat boleh tukar saiz. Nampak macam besar tapi kakak kata ok...

 Puan zai gelak tengok muka kakak.
Dia kata kenapa gelak pastu nak ambil gambar pulak...
Dia kata lagi tunggu la hari rabu kita pakai cantek sikit...hehehe...

Total semua dalam RM73.
Dapat beli baju dan seluar, belt dan cap sekali....

Kadang tu kan tak caya pula dah ada anak dara umur 10 tahun nie... kejap je rasanya... si kakak pulak dah perasan yang dia dah besar. Bila ada yang puan zai tak benar kan dia lakukan mesti dia bertanya kenapa tak boleh sebab dia dah tahap 2 (darjah 4)... ish ish ish...

Satu hari tu kakak pernah bertanya bila dia boleh buat Mykad...

"Bila kita dapat Mykad?" Tanya kakak.

"Bila dah besar" Ibu jawap.

"Nanti kita boleh pegang tak tingkatan 1?"

"Tak boleh ibu kena pegang"

"Kita kan dah besar..." Jawap kakak selamba...

Huhuhu... dah besar dah anak ibu sampai nak pegang ic sendiri....

Puan Zai @ JH....


4 comments:

Aine Ainun said...

Seronok baca puan zai....

Anak yg dikandumg,
membesar depan mata kan...
Itulah, pengalaman terindah seorang ibu....;)

Jendela Hati said...

aine ainun: itu la pejam celik pejam celik anak yang dulunya baby skrg dah nak sama tinggi...

Totie@Tomy said...

kejap jerk kan masa berlalu..hehe lawa kakak pakai baju seragam..

Jendela Hati said...

totie@tomy: hehe nampak besar baju tu