Rupanya februari ini bukan semuanya yang terindah.
Tetapi semalam, pada 6 Februari 2012 sepupu puan zai yang bernama Mohd Nizam bin Abdul Kadir telah pulang ke rahmatullah pada jam 10.05 minit pagi.
Arwah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Kg Dato Keramat selepas solat asar semalam.
Arwah yang berumur 33 tahun tahun ini telah meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang bermana Amani Aisy Mohd Nizam yang berusia 2 tahun pada bulan march ini.
Arwah bersama Aisy.
(Gambar ambil dari FB arwah)
(Gambar ambil dari FB arwah)
Banyak sekali nostalgia kami semua sepupu-sepupu yang sama-sama membesar di rumah atuk di Keramat. Kalu cuti sekolah memang Keramat lah tempat kami bercuti. Gembira dan seronok aje time masa kecil-kecil, maklum lah puan zai cucu perempuan atuk yang sulung manakala arwah cucu lelaki yang sulung. Jadi taiko di antara kesemua cucu-cucu atuk yang lain.
Puan zai ingat lagi hari raya tahun lepas, semasa arwah memberi anak-anak puan zai duit raya, dia juga menghulur sekeping sampul duit ke tangan puan zai. Gelihati hati puan zai masa tu, terkekeh-kekeh gelak sendirian sambil kata "eh dah tua-tua pun dapat ke?" dan arwah cuma tersengih.
Gambar arwah semasa di tahan di wad kerana paru-paru rosak.
Masa nie berat arwah turun mendadak hingga 37kg.
Masa nie berat arwah turun mendadak hingga 37kg.
Kisahnya arwah yang beberapa hari discharge dari wad di bawa terus pulang ke rumah mak lang puan zai. Kesihatannya di jaga dengan baek dan tiada apa-apa perubahan berlaku hingga petang kelmarin arwah meminta izin mak lang untuk pulang ke rumahnya di Kelana Jaya untuk 'melihat' rumahnya yang sudah beberapa hari dia tinggalkan. Lagipun isteri arwah bercuti pada hari dia nak pulang itu.
Sempat satu malam arwah tidur di rumah sendiri, dan pagi itu isterinya telah dikejutkan dengan permergian arwah untuk selama-lamanya.
Ajal maut di tangan tuhan, arwah 'pergi' di rumah sendiri. Antara yang paling sedih semalam ialah atuk puan zai yang tidak sangka dengan permergian arwah. Arwah antara cucu-cucu lelaki yang rajin menghantar atuk ke pejabat Teh BOH untuk berjumpa Tuan Russel untuk ambil duit pencen atuk. Dan atuk kata malam itu atuk bermimpi yang arwah memakai songkok dalam mimpi itu sebelum atuk terima berita pemergiaannya.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-fatihah...
p.s- sedih...
Puan Zai @ JH...
9 comments:
alFATIHAH~
Salam takziah. Al-Fatihah.
Innalillahiwainnailahirojiun.
Belasungkawa buat keluarga arwah. Semoga ditempatkan diantara org2 beriman...
Al-fatihah..
Al_fatihah. Takziah buat keluarga arwah. Turut sedih, bila terkenangkan isteri dan anak arwah...:(
al-fatihah..semoga diampunkan segala dosa & dicucuri rahmat. Takziah.
al-fatihah... takziah utk keluarga sepupu
sedihnya baca n3 ni...
salam takziah yer...
byk2 sedekahkan al Fatihah buat arwah...
kepada:
eeiyss,
azrey rozie eiman,
deru ombak,
yayansmum,
lady lavender,
dela,
wahida...
terima kasih atas doa kalian.
Al-fatihah...
Salam ziarah. Daripada Allah beliau datang, dan kepada Allah jualah dia dikembalikan. Entah esok entah lusa giliran kita kembali padaNYA. Allah lebih tahu atas apa yg telah diatur. Alfatihah untuk arwah.
Post a Comment