NKB: Novel Ku Baca...
Fuhhh… agak lama juga puan zai nak perabih kan novel ini. Baru hari ini dah khatam. Novel bertajuk Cucur Bawang & kopi O nie menarik pada awal cerita sampai menarik perhatian puan zai untuk menghabiskannnya. Maksudnya ada lah unsur-unsur lawak yang kadang kala buat kita tersenyum. Cerita ia agak menarik cuma, dari segi masa dan komitment puan zai untuk membaca terhad. Maklum le seprti yang sedia tahu anak-anak agak cemburu bila puan zai memegang sebarang novel. Bacaan novel kebiasaannya di gunakan semasa waktu rehat di pejabat.
Ini synopsis novel Cucur Bawang & Kopi O oleh Hasrudi Jawawi:
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu “sketsa perang” di tepi jalan. Dari segi insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana desak, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baeknya itu tertarik hati dengan Rudiana. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baeknya sendiri?
“esok ajelah, hari dah malam. Aku perlu kuat. Esok aku perlu luahkan padanya yang aku memang betul-betul cintakannya. Walaupun cinta aku di tolak, aku kecewa dengan bergaya. Dan bukannya loser bak kata Fauzan pagi tadi. Kenapalah isteriku perlu jadi kekasihmu Nizam?” ISKANDAR
“andai bisa kau aku miliki, akan aku laksanakan kau bagai bulan. Akan kurindu setiap waktu. Walaupun cahayamu terkadang kelam. Serimu tidak pernah berbalam. Andai kau laksana bulan, aku pula laksana mentari. Saling berkongsi cahay, mengindahkan siang dan menyerikan malam. Kau begitu indah dimataku – Khairulnizam
cinta tidak pernah celik menilai manusia. Sesiapa pun boleh merasai cinta. Sesiapa pun layak jatuh cinta. Yang pandai menilai, hanyalah hati. Mata pun, boleh jadi buta kerana cinta. Kalau dah cinta, seburuk mana pun dia di mata insan lain, dia tetap cantik di mata kita. Itulah kuasa cinta - RUDIANA
Begitulah antara yang ada di dalam novel ini.
Komen penulis novel:
Saya telah mencabar diri saya sendiri menjadi seorang penulis yang boleh menghasilkan novel pelbagai genre. Dari cabaran itulah terhasilnya novel ini. Dari kisah seram dan mistik, kini saya muncul dengan novel cinta komedi romantik pertama saya bersama Buku Prima. Kisah cinta tiga segi di antara Iskandar, Rudiana dan Khairulnizam sering berlaku di sekeliling kita. Namun, insan-insan di sekeliling mereka mencetuskan konflik yang penuh suspens.
Komen pembaca JH:
Suka dengan penyusunan cerita yang menarik. Dan apa yang ada persoalan di dalam cerita ini, perlahan-lahan penulis jawap. Sekurang-kurangnya apa yang menjadi pertanyaan di minda pembaca ini, penulis pandai menjawap. Cewah macam pandai-pandai je penulis nie kan. Tak ada cerita tergantung. Kalau nak cerita pasal benda yang tak logik tu emang banyak sebab puan zai tahu ini kan novel so banyak benda yang di reka begitu lah jadinya. Novel cinta komedi ini secara umumnya tiada lah unsur romantik keterlaluan. Cuma ada babak yang keterlaluan sikit. Tapi Mak OK jer. Yang pasti bila dah baca novel nie mesti terasa nak buat cucur bawang jugak.. hehehe...
Next Novel : Ops! Pintu Hatiku... Noraz Ikha
Sekian.
Wassalam.
4 comments:
kak aya dah lama habiskan bacaan novel ni...boleh laaaa tak ada la best sgt2
wah..baca novel lak ye...
kakaya: sy tak uptodate bc novel nie. main baca je. biasala kakaya nama pun novel. ada byk logik dan xlogiknya. ye x?
bt N honey: huhu dpt baca time opis hour je ct..
tunggu dramanya keluar bulan oktober atau november nih
Post a Comment