Wednesday, July 13, 2011

Nak baju sekolah tapi dapat kasut sekolah

Haaa ini lah tajuk cerita hari ini.
Bebelan dari puan zai yang merapu hari ini. Nak cerita apa kalau bukan pasal anak-anak.
Asalnya kakak nak baju sekolah.
Dua pasang baju kurung sekolah yang sedia ada telah di kotor kan oleh kakak sendiri.
Apa taknya, masa pendidikan seni dah bawa apron dan kain buruk pun masih tercalit colour2 kat baju.
Sudahnya bila nak cuci masih lagi nampak elok je colour merah di baju puteh.
Dah jadi camtu, biasalah kalau ada anak dara sunti yang cerewet, telinga ini akan senantiasa dengar rungutan dan permintaan.
Jam 9pm apak sampai dari tempat kerja terus jemput kami untuk ke kedai. Almaklum sahaja kedai jual baju sekolah sudah tutup.
Nak tak nak ke kedai runcit bersebelahan beli barang dapur. Beli ayam seekor dah RM18. Sekilo RM9. Beli sayur dan telor. Selainnya duit terbang ke mainan untuk adik. Tak pa adik kalu dengan apak apa nak mainan amek je, kalau dengan ibu mmg adik akan merajuk panjang lah nampaknya.

 Dari dalam kereta lagi adik dah kata 'Apak, adik nak kfc..."
Ikut tekak yang loye bila dah baca pasal pekerja kfc tu kat blog kawan-kawan, hmmm nak tak nak masuk gak...

 Kakak dok tengok apa ntah tu. Terkenang baju sekolah ke?

 Pas makan gerak jenjalan kejap kat pasar malam. Takde benda pun beli kat sini sebab dah beli barang kat kedai runcit. Adik nie biasa kalau keluar mesti nak berdukung jer. Keluar dari kereta terus berdukung. Sakit belakang wooo... Takpalah anak punya pasal... sian adik penat kalau berjalan.

 Pelbagai mainan adik nak. Kakak tolong buat demo mainan yang di beli.

 Plan asal nak beli baju kurung sekolah terus beli kasut sekolah. Tapak kaki kakak nie cepat panjang. Cepat je tak muat. Oleh itu lain kali le nak beli baju sekolah ye.

2 comments:

Bee said...

sental dgn clorox lah baju tu hehe

Jendela Hati said...

puanbee: alahai ada bekas2 sikit takmoh pakai dah kakak tu...huhu