Sunday, July 31, 2011

Kenduri Tahlil

Assalamualaikum buat semua sahabat.

Malam sabtu semalam, semua ahli keluarga beramai-ramai hadir di rumah atuk puan zai di Kampung Datuk Keramat (ayah kepada mak) untuk bersama-sama menghadiri kenduri Tahlil buat arwah nenek.


 Ini dua orang budak sebelum bermula kenduri sudah mengadu lapar. Jadi, untuk anak-anak ini ibu ini telah mengambil sepinggan nasi untuk mereka (nota: ini ayat si kakak - dok sebelah ibu masa ibu sedang menaip).

 Hidangan khas buat tetamu wanita di dalam rumah. Hidangan untuk tetamu lelaki di luar.

 Pergh... yang ini paling anak-anak suka. Udang. Besar-besar pulak tu.

 Ayam masak kicap.

 Sayur campur dan paling special menu malam tadi ialah kari daging dan kentang. Keempat-empat hidangan utama di atas adalah di masak oleh famili makngah kat AU Keramat.

 Pencuci mulut oleh maklang  -  rojak buah.

 Kueh pelita sedekah dari jiran sebelah. Sedap sangat. Lembut. Teringat masa puasa. Jika berbuka mesti beli kueh pelita ini antara hidangan di atas meja.

 Tembikai juga untuk pencuci mulut. Mesti tayang pic nie sebab puan zai yang potong-potong hehe.

 Dadih coklat dan jagung ini adik perempuan puan zai yang buat dalam 100 dadih ada dalam bekas ini.

 Hidangan cukup-cukup lah untuk tetamu dan ahli keluarga. Siap tapau untuk di agih-agihkan.

 Tetamu wanita menjamu selera selepas tahlil. Tak sempat nak snap yang tetamu bahagian luar rumah ler sebab puan zai sibuk jaga air hehehe (tak habis-habis jaga air sirap ek?).

Ini mak puan zai dan atuk kesayangan. Atuk sekarang tak berapa kuat. Atuk ada gout. Atuk dok aje sambut tetamu.

Esok kita akan menyambut bulan Ramadhan yang amat ditunggu-tunggu.
Selamat berpuasa buat semua...

3 comments:

Bee said...

haizz zkuih pelita my feberetttt

ct N honey said...

masa bulan puasa, ct mmg tak tinggal cari tepung pelita kat bazaar..suka sgt,nak buat tak jadi,

Jendela Hati said...

puanbee: best kann..peberet anak2 jugak syokkk...

ct N honye: emang ct sy pun beli, nak buat tak penah, kuih tepung pelita takut jd kuih lampu pulak hehe