Sunday, July 17, 2011

Kenduri menyambut Ramadan

"Malam ni kenduri menyambut ramadan......seperti biasa satu rumah satu dulang....10 rumah jadilah 10 dulang....nasib lah dapat dulang yg mana satu....seronok macam-macam menu ada....." Begitu lah msg yang kuar kat wall FB makcik saudara puan zai malam tadi.
Majlis begini memang amat di nanti-nantikan sebelum kita menyambut puasa bulan ogos nanti. Dapat berjumpa reramai. Kenduri buat di rumah sebelah rumah aje iaitu nenek saudara puan zai. Jadi masing-masing bawa sedulang lauk, nasi dan minuman. Selalunya lauk sedulang tu ada 4-5 jenis lauk pauk. Ikut suka nak masak lauk apa.
Pilih je dulang mana yang nak di jamah. Hah masa nie boleh rasa sikit sorang. Kesemua rumah yang menyertai majlis ini hampir kesemuanya adalah saudara terdekat. Maklumlah keliling rumah puan zai nie tak de orang lain, rata-rata adalah saudara sebelah atuk belah mak.
Lagi satu kalau bawa dulang sendiri ini, pinggan, gelas, jug, mangkuk dan kendi pun di bawa dari rumah masing-masing. Jadi tak perlulah nak susah kan tuan rumah nanti.
Pic tak banyak puan zai amek, so meh le jenguk-jenguk kejap kat sini.
 Antara special menu dari rumah puan zai: masak tempoyak ikan bilis. [teringat doktor pesan-jgn makan tempoyak zai jgn makan tempoyak zaiii..heheh jamah sikit doktor. Teringin le]

Kakak haus asyik berlari dan bermain aje.

 Adik dok diam-diam kat tepi. Dia tak kacau orang. Buat hal sendiri je.

 Selain masak tempoyak ikan bilis, ada juga masak kari telor rebus, daging serta kentang masak kicap dan buncis goreang letak udang. Minuman pula, air laici buah dan cincau dua jug besar. Ujan-ujan nie orang minum ais lak. Air tea o panas tak laku lak.

 Warga lelaki dah selesai makan, lepas tu warga perempuan pula yang makan.

 Antara dulang rumah sebelah menyebelah. Tahun ini puan zai tak jumpa sambal goreng, kalau tak puan zai dah sambar dahhh... peberet tuuu kalau nenek saudara masak. Tau ke sambal goreng? Dalam tu ada tauhu, tempe, suun, kacang panjang, udang dan lain-lain.

Semalam kan ujan. Ada juga rumah yang tak bawa dulang. Bawa sekali mangkuk tingkat anta ke sini.

Tak sabar nak tunggu datangnya Ramadhan. Suasana puasa yang hanya sebulan itu memang lain dari suasana hari-hari lain. Semoga apa yang kita buat tahun ini dipermudahkanNya. Dah berikanlah lebih kesabaran dan tetapkan keimanan kami. InsyaAllah. Selamat datang Ramadhan... sob sob sob...

2 comments:

ct N honey said...

bestnya dpt kumpul ramai2,ni baru sambut ramadan punya hidangan,kalau nak berbuka nanti,setiap seorang bagi satu pinggan hidangan dah penuh satu meja..ct suka sambal tempoyak ikan bilis,tapi jarang buat sbb hubby x suka tempoyak

Jendela Hati said...

cy N honey: emang ct, selagi tak penuh meja mmg tak sah. lagi satu penyebab penuh meja di bulan puasa nie jiran2 sedekah kuih dan lauk...hehehe

ct, kalu balik kg nenek kat nogori hmmm masakan tu yg paling sedap rasanya huhu