Wednesday, July 6, 2011

Apak, hantar adik ke Hospital...

"Apak, hantar adik ke hospital. Adik demam apak.."
Begitulah adik beritahu apak semasa di talian telephone petang tadi.

"OK, adik siap dengan ibu, apak balik sekarang" Beritahu apak sebelum memutuskan talian.

Tengahari tadi mak hubungi puan zai di pejabat memberitahu badan adik sedikit panas.

Apabila puan zai sampai di rumah petang tadi, adik pinta di bawa ke hospital.

Adik dah tiga hari alami batuk dan selesema.
Pagi kelmarin, bangun dari tidur adik kelihatan semput dan penat. Puan zai cuma beri inhaler selama 4 jam sekali.

Selepas register di counter pesakit luar dan menunggu giliran tak sampai setengah jam, adik terus berjumpa doktor.
Puan zai beritahu keadaan adik dan secara kasar history kesihatan adik dengan Pediatrik.

Alhamdulillah, paru-paru nampaknya ok cuma tonsil adik kelihatan besar sedikit. Mungkin ini yang buat adik demam. Puan zai cuma bagitahu doktor yang adik pun masih ada follow-up tonsil dengan pakar E&T.

 Paru-paru ok, jadi adik boleh guna inhaler untuk 8 jam sekali hingga keadaan menjadi lebih baik.

Ini tiga orang sudah boring tunggu sama itu ubat-ubat. Agaknya masing-masing tengah buat research tentang ubat-ubatan di board tu huhu.
 Selesai ambil ubat adik kata nak makan bubur mcD. So, singgah McD Jalan Pahang kejap. Bila apak kata nak beli ice cream untuk susutkan tonsil adik, wahhh seperti biasa adik akan terlampau suka dan gembira... hmmm...

Tersusun ubat-ubat untuk adik. Antara banyak-banyak tu paling adik tak suka ialah antibiotik yang hanya kena abeskan selama 5 hari. Emang tak sedap pun rasanya sebab puan zai sendiri rasa sungguh tidak menyelerakan huhu...

Kalau nak di banding kan kesihatan orang dewasa dan kanak-kanak, secara jujur dalam hati emang tidak mahu anak-anak jatuh sakit.

Sebagai seorang ibu yang amat menyayangi anak-anaknya emang perasaan risau dan gundah akan kita alami.
Macam-macam yang kita pikerkan lebih-lebih lagi kalau masa tu kita berada di pejabat.

Semoga anak ibu ini akan lekas sihat dan ibu sayang adik dan kakak ye.
Sekian.
Puan Zai...
 

5 comments:

Kak Aya said...

musim anak2 demam dan batuk serta lelah skrg ni

ct N honey said...

sian adik..kecik2 lagi kena mkn byk ubat..semoga adik cpt sembuh..

Jendela Hati said...

kakaya: musim. rata2 anak kengkwn pun xsihat. risau kalau ank xsihat dok kat opis pun terkenang ank kat umah.

ct N honey: kena sihat anak ibu kena sihat...insyaAllah...

MulutPayau said...

bnyaknya ubat kena makan...sian adik...smoga adik cepat sembuh...mmng risau sngat kalau anak2 sakit...

Jendela Hati said...

mulutpayau: mmg risau bila kenang kita kat opis, adik kat umah...