Hari ini berkonvoi balik ke kampung. Anak bongsu pada sepupu abah puan zai bersanding arini. Pepagi jam 6am anak-anak dah celik mata. Fuhhh... awal benar bangun pagi walhal cuti sekolah. Lagipun jam 8am baru gerak ke kampung. Kampung abah puan zai kat Lenggeng, Negeri Sembilan. Kira sempadan dengan Semenyih dan Beranang.
Sesampai je kat rumah pengantin nie terus ber-pic dulu.
Time nie kakak dan adik tak mau ber-pic sebab kat belakang ada tetamu lain dah mula masuk, tapi ibu ini paksa jugak ber-pic hehehe. Kakak kata "Kita malu lah..."
Minum pagi dulu. Takde rezeki nak makan pulut impit cicah kaya. Selalunya menu minum pagi kalu kenduri di negeri sembilan mesti ada pulut impit. Best sangat-sangat. Tertelan air liur je menyebutnya.
Orang minum kopi, adik pun nak kopi jugak.
Menu tengahari. Nasi beriani dan nasi putih. Ayam masak merah, gulai daging kambing, rendang daging, gulai cendawan, arca buah, ulam dan sambal belacan, buah oren yang manis dan air laici.
Mempelai berarak masuk ke kawasan rumah pengantin pompuan.
Time nie adik soh tengok pengantin dekat-dekat. Alahai... kena lah puan zai ke depan dukung adik.
Acara ini paling adik suka sangat nak tengok. Walaupun pengantin dah masuk ke dalam rumah untuk menepung-tawar, kompang masih di teruskan dan di sini lah adik kusyuk memerhati. Telinga naik pekak buat-buat tak pekak jer.
Baliking time. Cuaca tak menentu. Kejap panas kejap renyai. Kira masa pengantin lelaki datang, cuaca penas, tak hujan. Selepas selesai acara menepung-tawar dan mak pengantin dah bersalam dengan kami, apa lagi angkat kaki le balik ke KL. Singgah Pekan Lenggeng nak beli pisang goreng dan cekodok buat makan dalam kereta.
Abah puan zai pulak nak beli anak ayam kampung. Ada gerai kecil tepi jalan jual anak ayam tapi malangnya tutup. Gi tanya kat restoran depan jalan tu, rupanya tauke kedai tu yang jual anak ayam tu. Apa lagi kami pun follow abang tu gi balik rumah dia untuk beli anak ayam kat Kampung Jelatuk, Jeram, Lenggeng. Seekor anak ayam RM3.50, abah beli 15 ekor.
Sampai rumah dia, anak-anak puan zai excited tengok banyak haiwan belaan abang kedai nie. Ada lembu sekandang, angsa dalam pagar besar, itik usah cakap lah melambak, ayam lagi, anak-anak ayam lagi, kambing lagi, burung merak pun ada. Kawasan rumah dia besar sangat sampai boleh bela sebanyak itu.
Selesai dah urusan membeli sambil abah puan zai kata "Lega dapat beli anak-anak ayam nie. Ada rezeki dapat beli, selalunya tak dapat". Sebelum keluar ke jalan besar abah berenti kejap untuk kakak dan adik tengok kambing-kambing. Abah kata "Aikkkk tak penah tengok kampung ke?" "Hehhhh" Adik dan kakak tersengih.
Puan Zai...
9 comments:
seronok nya ada banatang peliharaan cam tu ..duk kampung best kan !
purple lagi pengantinnya...sempat singgah pagi2 ni,ini nak gi PD bawa anak2.
macam tu la.. kat kg...sunyi sangat....nyanyi kambing dgn ngembeknya....lembu dgn nguak...ayam cet-cetnya.....angsa kreeeng-kreeeengnya.....
suara itulah menemani kita anak beranak.......
seronok kan bila pegi majlis kenduri kendara sedara mara ni kan..masa nilah dpt jumpa sdra jauh yg lama tk jumpa..
Puanbee: Emang seronok kalu kat kg yg ada kawasan luas, sy dok kg dlm kl tp kawasan dpn umah kecik je.
ct n honey: makaseh ye krn smpat singgah sini. bestnyer gi PD..
zul permatang badak: seronok ank2 tengok binatang, sampai main kejar2..
nyanyisunyi: ye betul tu, sambil berkenduri jumpa sadara...
salam
nak balas komen tadi
akk sila lah ambik award dan kad tu tak pe memang beri tuk semua pun :)
http://puanbee.com
seronoknya pergi kenduri kawin.
eh budak2 memang seronok tengok kambing, anak-anak saya pun sama...mcm org kampung dpt tengok kuda la lebih kurang
Kakaya: bebdk tu lah excited tgk binatang (tp kan org tua pun sama gak excitednye hehehe)
Post a Comment