Walaupun semua nampak lemau aje orang-orang kat opis tu tapi tu lah buat malu dengan budak-budak aje kalau orang tua buat perangai lemau-lemau nie hehehe.
Kakak dah 9 tahun, masa darjah satu dahulu emang puasa setengah hari. Bermula darjah dua dan insyaAllah tahun ini kakak puasa penuh.
Kita sebagai ibu bapa emang lah teruja bila ada anak sebaya dengan kakak bila tibanya Ramadhan. Kena bagi support serta galakan pada anak-anak seperti mereka.
Gambar wajib tayang di bawah ini sepatutnya di siarkan selepas jam 7.30pm. Bahaya kalu scroll sebelum waktu itu. hehehe.... Apa-apa pun emang nama pun gambar wajib tayang, jadi pandai-pandai lah nak control perasaan tu ye...
Bismillah...
Adik tak puasa. Atuk adik nie kalau sesiapa yang tak puasa kena dok kat hall depan tv dulu. Selesai orang berbuka baru boleh makan. Kalau tak, atuk bising. Perlahan-lahan ibu bagi adik satay satu buat alas perut dulu hehe.
Penuh satu meja. Tiada pembaziran walau nampak banyak huahua (ye keee?? iyeeee). Makan untuk 12 orang. Jika tak ramai orang tiada penuh macam ini. Macam ini lah selalunya gambaran meja atuk dan nenek ini. Syukur dapat berbuke reramai.
Buah kurma. Puan zai suka kurma basah dari yang kering huhu.
Kuewtiaw goreng khas buat kakak. Kakak nie emang sangat-sangat suka berbuke dengan makanan ini. Sampai tak larat la tahun lepas nak buatkan kakak menu nie tau. Tapi untuk anak rela jugak masak atau beli.
Satay untuk adik (walau adik tak puasa huhu).
Kalau dah orang nogori tu, menu nie mesti ada masak punya lah. Ikan keli goreng berlado. hehe... pembuka selera betul lah.
Murtabak - untuk ibu ini.
Ini otak-otak Gombak namanya. Tapi beli kat Segambut. Rasa otak-otak ini tak sama macam gombak dah rasa segambut lah pulak huhu.
Begini lah kalau dah dok berbuke reramai. Meriah juga. Anak-anak dah besar. Teringat lah masa anak-anak termasuk lah anak buah yang dua orang tu masa kecil. Riuh rendah di buatnya masa berbuke. Tak menang tangan dan menang mulut (makan lah tu). Sorang nak ini sorang nak itu. Sorang nak makan sorang nak gi toilet. Sorang lak menangis. Sorang lak lasak bebenor.
Hmmm sekarang semua dah besar. Rata-rata dua org sekolah rendah dan dua lagi tadika. Boleh lah control walau keempat-empat cucu atuk nie lasak-lasak belaka. Atuk kata aje ayat ini 'Sapa tak puasa duduk kat depan...' hmmm semua ikut aje...
4 comments:
mmg banyak betul hidangannya..meriah..
ct N honey: rejeki ari pertama ct hehe
meriahhnyaaaaa puan zai oiiii
Kakaya: rejeki2...
Post a Comment