Syukur pada yang maha Esa, hari ini kita berkesempatan menyambut hari raya Aidilfitri yang jatuh pada 30hb Ogos bersamaan hari selasa.
Kemeriahan tiap-tiap tahun masih berulang apabila kita beraya kunjung mengunjung semua saudara mara yang berdekatan.
Hari ini puan zai dan famili beraya di KL. Pagi raya beraya sekejap di kawasan rumah dan sebelah tengahari ke rumah atuk di Keramat.
Balik dari Keramat sambung semula beraya dia kawasan rumah. Hampir senja pun masih ramai yang berkunjung di rumah kami.
Hari raya adalah hari paling seronok bagi kanak-kanak. Terutama anak-anak puan zai. Pagi-pagi dah bangun untuk bersiap.
Banyak gambar yang puan zai snap nie. Tapi rasanya akan bersambung-sambung penyiarannya.
Jom intai pic yang ada di sini...
[tema merah, so emang byk kaler merah nie hehe]
Letih tu emang letih. Tapi seronok dan gembira itu ada. Maklumlah kaum wanita nie rata-rata akan berada di dapur. Sibuk buat itu dan ini untuk para tetamu.
Esok puan zai dan famili akan ke kampung abah sekejap. Sambil tu dok gi berada rumah saudara mara yang dok berdekatan. Berjalan sakan lah anak-anak esok. Rumah di tinggalkan buat sementara waktu. Selalunya raya ke 3 pun ramai yang akan berkunjung ke rumah...
Dengan itu stop di sini dulu. Jumpa esok ya.
Wassalam.
Puan Zai...
p.s-sunyi alam blog waktu raya nie sebab ramai yang berada di kampung huhu...
2 comments:
budak2 laa yang paling seronok...
Zul PB: betul3x
Post a Comment